Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

JAIS: Kahwin Online Dibenarkan Mulai 4 Februari Ini

1,839

Mulai 4 Februari 2021, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) untuk melaksanakan akad nikah secara online atau sidang video.

Baca juga: 4 Inisiatif Utama Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

Kebenaran itu diberikan kepada semua PPP di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan arahan tersebut dan perkhidmatan kaunter secara janji temu mula dibuka untuk melancarkan pelbagai urusan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bermula Isnin nanti.

MASA UNTUK JANJI TEMU PERKHIDMATAN KAUNTER PAID

Berikut adalah masa yang ditetapkan untuk 25 urusan janji temu iaitu:

  • 8 pagi hingga 1 petang

Dimaklumkan juga 900 slot janji temu di semua PAID telah penuh sehingga Jumaat ini.

Slot janji temu yang dibuka ini juga akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan permintaan pelanggan.

PERKARA WAJIB & RUKUN NIKAH DIUTAMAKAN

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, JAIS melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dengan mengutamakan perkara wajib dan rukun nikah bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara daripada jangkitan COVID-19.

Sejak PKP dilaksanakan sehingga kini, 442 pasangan telah dinikahkan secara sidang video dengan Pendaftar Perkahwinan di PAID menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali serta pengantin lelaki yang berada di rumah dengan pengantin perempuan bersama dua saksi.

HUKUM AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO (VIDEO CONFRENCE)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19 Januari 2016 bersamaan 9 Rabiulakhir 1437H memutuskan bahawa:

Harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syaratsyarat seperti yang berikut:

  • Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap yakin.
  • Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  • Memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
  • Ada halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis.
  • Tertakluk kepada Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

KENYATAAN MEDIA PERNIKAHAN SECARA ONLINE

JAIS: Kahwin Online Dibenarkan Mulai 4 Februari INi

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Persoalan serta maklumat lanjut mengenai kebenaran pernikahan secara online, anda boleh terus menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Negeri Selangor yang terdekat dengan anda.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...