Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lebih 1,000 Kekosongan Jawatan Di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021. Jom Daftar & Sertai Sekarang!

1,381

Rakyat negeri Sabah yang memerlukan pekerjaan dalam masa yang terdekat, anda boleh mendaftar dengan MyFutureJobs atau melalui Karnival Kerjaya yang di anjurkan oleh PERKESO setiap negeri.

PERKESO negeri Sabah akan menganjurkan Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021 di Kota Kinabalu dan mengalu-alukan semua pencari kerja di negeri Sabah untuk mendaftar seterusnya menghadirkan diri untuk sesi temuduga dan seterusnya.

Selain itu, anda yang bekerja sendiri juga digalakkan untuk membuat caruman PERKESO sendiri melalui Caruman SPS Lindung yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Rujuk: Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 100% Bantuan Kerajaan

TARIKH KARNIVAL PENJANAKERJAYA KARAMBUNAI 2021

Tarikh Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh: 6 April 2021
  • Masa: 8 pagi hingga 5 petang
  • Tempat: Atrium Tengah, One Borneo Hyper Mall, Kota Kinabalu

Lebih 1,000 Kekosongan Jawatan Di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021. Jom Daftar & Sertai Sekarang!

KAEDAH TEMUDUGA

Kaedah temuduga yang akan dijalankan sepanjang tempoh Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021 adalah secara bersemuka dengan membawa semua dokumen dan kelengkapan yang secukupnya.

JUMLAH KEKOSONGAN JAWATAN

Jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021 ialah:

  • Lebih 1,000 kekosongan jawatan

AKTIVITI KARNIVAL PENJANAKERJAYA KARAMBUNAI 2021

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021 diadakan ialah:

  • Klinik resume
  • Kaunseling kerjaya
  • Temuduga kerja

CARA MOHON TEMUDUGA KARNIVAL PENJANAKERJAYA KARAMBUNAI 2021

Untuk membuat permohonan temuduga di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021, anda hanya perlu:

  • Hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021
  • Buat pendaftaran
  • Urusetia akan uruskan proses temuduga anda
Nota: Pastikan anda memakai pakaian temuduga yang sesuai beserta membawa dokumen yang relevan.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Anda dikehendaki membawa dokumen berikut ketika hadir temuduga:

  • Resume terkini beserta gambar
  • Gambar berukuran pasport terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil akademik
  • Sijil akademik asal

SENARAI JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021:

Lebih 1,000 Kekosongan Jawatan Di Karnival PenjanaKerjaya Karambunai 2021. Jom Daftar & Sertai Sekarang!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

  • Cik Jamnah: 019-288 3578
  • Encik Masthan: 012-208 3804
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...