Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Panduan Kerja di Singapura Untuk Rakyat Malaysia Kemaskini 2018

1,599

Berminat nak kerja di Singapura tapi tak tahu prosedur sebenar membina kerjaya di negara maju itu?

Berikut kami kongsikan panduan kerja di Singapura berdasarkan pengalaman sebenar rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

Untuk makluman, lebih 400,000 rakyat Malaysia bekerja di sana.

Purata gaji pekerja restoran masakan segera sekitar SGD 1800 termasuk ‘OT’ manakala pekerja kilang boleh dapat lebih SGD 2000 termasuk ‘OT’.

Bagi pekerja kolar putih, gaji ‘fresh grad’ tidak lebih SGD 3000 dan bagi mereka yang mepunyai pengalaman boleh ‘demand’ SGD 4000 ke atas.

Kadar tukaran matawang Singapore Dollar  – Ringgit Malaysia  ialah 1SGD = RM3.03 (kemaskini 15 Disember 2017).

Pengalaman Kerja di Singapura

Berikut perkongsian pengalaman Syed Amirul setelah lebih setahun bekerja di Singapore.

Sekitar pertengahan tahun lepas, rakan sekerja memaklumkan bahawa ada syarikat di Singapura yang mencari jurutera lapangan dengan kadar segera. Tanpa berfikir dua kali, saya terus memohon dan ditawarkan kerja dalam tempoh kurang 2 minggu.

Gaji

Peluang itu terlalu sukar ditolak, walaupun boss dan bekas rakan sekerja berpendapat bahawa jumlah tawaran tersebut tidak memadai. Saya agak hairan, walhal tawaran yang diterima hampir 4 kali ganda daripada gaji asal dan elaun laut yang hampir sama.

Walau apa pun yang terjadi kepada kerjaya saya kini, saya tetap bersyukur dengan penghijrahan ini. Bagi rakan-rakan yang ingin mengubah nasib hidup, tidak perlu terbang jauh ke Australia hanya untuk bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya boleh cuba untuk mencari rezeki di Singapura.

Tempat Tinggal

Tempat tinggal adalah perkara yang paling utama untuk difikirkan sebelum berhijrah. Umum tahu harga rumah di Singapura terlalu tinggi. Untuk menyewa sebuah bilik kecil, anda perlu membayar tidak kurang SGD 600 sebulan.

Jika tinggal di Singapura, anda tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Namun, apa yang pasti sistem pengangkutan Singapura adalah sangat efisien. Begitu mudah untuk kemana-mana dengan harga yang agak berpatutan.

Dengan harga bilik yang terlalu tinggi dan privasi yang terhad di Singapura, tinggal di Johor merupakan satu pilihan yang lebih baik. Kadar sewa sekitar Gelang Patah / Nusajaya adalah RM400 untuk bilik kecil dan RM 1000 untuk sebuah unit pangsapuri 3 bilik lengkap dengan perabot.

Makanan

Kebiasaannya mereka yang tinggal di Johor, akan makan pagi sebelum pergi kerja dan bungkus makanan tengahari. Secara tidak lansung, segala perbelanjaan dalam Ringgit Malaysia. Secara purata, perbelanjaan bulanan lebih jimat sedikit berbanding tinggal di KL.

Pengangkutan

kerja di singapura

Terdapat 3 cara untuk ulang-alik setiap hari:

1. Motosikal

Cara paling cepat, fleksibel tetapi agak penat. Masa untuk pergi kerja dalam 1 jam 30 minit manakala balik mengambil masa 2 jam.

Bayangkan anda perlu menyedut asap kenderaan ketika beratur di ‘checkpoint’ Singapura.

Bayaran tol dan ‘entry pass’ sebanyak RM 17 / hari tidak termasuk minyak.

2. Bas

Cara paling jimat dan tidak berapa penat.

Masa untuk pergi dan balik secara purata adalah 2 jam, tidak termasuk masa dari rumah ke hentian bas dan dari hentian bas ke tempat kerja.

Agak janggal bagi anda yang pertama kali menaiki bas ke tempat kerja, anda akan dapat lihat semua orang berlari bagai nak gila di ‘checkpoint’ Malaysia / Singapura. Ini demi untuk mendapatkan tempat duduk di dalam bas.

Saya pernah tersilap langkah dan berdiri hampir 2 jam di dalam bas. Tiket bas pergi dan balik adalah RM 16 / hari.

3. Kereta / Van

Cara paling selesa tetapi mahal dan tidak fleksibel.

Amat tidak berbaloi untuk memandu kereta secara bersendirian, kadar ‘entry pass’ ialah SGD 35, tol SGD 7 dan ‘parking’ SGD 5.

Oleh itu, ‘car pool’ adalah pilihan yang lebih bijak untuk mereka yang mengutamakan keselasaan.

Kebiasaannya pemandu akan menetapkan masa dan tempat ‘pick-up point’.

Ada juga orang persendirian yang menjalankan khidmat penghantaran menggunakan van.

Kadar purata untuk ‘car pool’ dan van adalah SGD 12 – 14 untuk pergi dan balik.

Kelebihan Bekerja di Singapura

kerja kosong di singapura

Antara kelebihan lain kerja di Singapura ialah:

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan, maka pendapatan anda ialah RM2,600.

Tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000, pendapatan anda dalam ringgit Malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda, gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yang ditawarkan memang sangat lumayan, RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Australia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan!

Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia.

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram.

Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Untuk maklumat lanjut tentang strategi mencari kerja di Singapura, dokumen diperlukan, senarai tempat penginapan dan prosedur yang perlu anda lalui, sila dapatkan panduan Kerja Singapura di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...