Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kerjaya Terbaik Dan Sesuai Untuk Personaliti ISFJ

2,540

Kerjaya Terbaik Untuk Personaliti ISFJ

Untuk mendapatkan kerjaya yang terbaik dan sesuai dengan personaliti anda, pastikan anda mengenalpasti personaliti anda terlebih dahulu. Anda boleh mengenalpasti personaliti dengan melakukan soal selidik melalui Myers – Briggs Type Indicator (MBTI).

Jika personaliti anda adalah ISFJ, manfaatkan bakat semulajadi anda dan pastikan kerjaya tersebut  sesuai dengan anda.

Kerjaya Terbaik Untuk Personaliti ISFJ

Apa Itu Personaliti ISFJ

Personaliti ISFJ adalah orang yang mempunyai ciri-ciri seperti Introversion, Sensing, Feeling dan Judging. Orang jenis ini adalah pekerja yang rajin dan sangat setia kepada tradisi dan organisasi. Mereka seorang yang praktikal, penyayang dan berusaha melindungi orang lain.

Mempunyai etika kerja yang kuat dan berkomitmen terhadap tugas mereka. ISFJ adalah pekerja yang teliti sehingga sesuatu tugasan itu selesai.

Mereka juga boleh menerima bimbingan orang lain, berkongsi maklumat dan berpandangan terbuka dan bersedia membantu pekerja baru untuk selesa dengan situasi baru ditempat kerja.

Kerjaya Terbaik untuk ISFJ

Bagi personaliti ISFJ, mereka boleh menyelesaikan tugas secara menyeluruh dan cekap. Kerjaya ISFJ biasanya berada di belakang tabir, selesaikan tanggungjawab dengan selesa dan bekerja dengan gangguan yang paling minimum.

Sekiranya anda seorang ISFJ, kerjaya yang sesuai dengan anda adalah :

Kesenian dan Kemanusiaan

Contoh kerjaya berkaitan dengan kesenian dan kemanusiaan ialah :

  • Pustakawan arkib
  • Kurator muzium
  • Ahli sejarah
  • Pereka bilik pameran
  • Pembantu pengeluaran

Kerjaya Terbaik Untuk Personaliti ISFJ

Komersial Media dan Komunikasi

Melalui kemahiran komunikasi yang ada pada personaliti ISFJ, pekerjaan yang sesuai dengan anda ialah :

  • Pentadbir IT
  • Teknikal
  • Jurugambar
  • Penyunting filem

Kerjaya Terbaik Personaliti ISFJ

Perniagaan

Personaliti ISFJ mmepunyai peluang kerjaya yang luas dalam bidang perniagaan seperti :

  • Pengurus pejabat
  • Pengurus sumber manusia
  • Pengurus akaun
  • Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan

Kerjaya Terbaik Personaliti ISFJ

Kerjaya Yang Harus Dielakkan

Bagi personaliti ISFJ, terdapat beberapa kerjaya yang tidak sesuai dengan anda dan perlu dielakkan. Ini kerana ia memberi satu cabaran yang mengganggu prestasi perjalanan kerjaya anda.

Contoh pekerjaan tersebut adalah :

  • Jurujual runcit
  • Pengurus jualan
  • Pramugari
  • Pemandu pelancong

Kerjaya Terbaik Personaliti ISFJ

Situasi Positif Dan Negatif

Setiap orang menghadapi situasi yang positif dan negatfi dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan personaliti ISFJ.

Contoh situasi tersebut ialah :

Situasi Positif

  • Merancang aktiviti pasukan atau menyusun program latihan.
  • Berkomunikasi mengenai proses baru kepada rakan sekerja dan pihak berkepentingan.
  • Menyusun dan membersihkan ruang kerja untuk produktiviti maksimum.

Situasi buruk

  • Diperlukan untuk melakukan pelbagai tugas.
  • Rasa kecewa kerana terlepas perjumpaan atau acara lain yang dijadualkan.
  • Teguran mengenai kesalahan dan kritikan.

Mengetahui jenis personaliti anda merupakan satu perkara yang berguna sebelum anda memohon pekerjaan. Majikan menghargai perkongsian anda terutamanya mengenai kelebihan dan kekurangan anda.

Kerjaya Terbaik Personaliti ISFJ

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda menilai dan mengenalpasti personaliti anda serta kerjaya yang sesuai. Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...