Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kos Dan Bayaran Haji Bagi Tahun 2018

0 1,466

Kewajipan menunaikan haji merupakan salah satu ibadah yang terdapat dalam Rukun Islam dan telah diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan. Di Malaysia, segala hal yang berkaitan dengan pengurusan ibadah haji dan hal-hal yang berkaitan telah dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Tabung Haji.

Lembaga Tabung Haji bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menguruskan urusan haji malah turut berperanan sebagai pusat penyimpanan wang (bank) dan turut menjadi agen zakat. Ini bermaksud sesiapa sahaja yang menyimpan dengan Tabung Haji, zakat pendapatannya telah ditolak daripada simpanannya oleh pihak Tabung Haji.

th2

Untuk mempermudahkan urusan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka di mana sesiapa sahaja yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji akan diperuntukkan tahun bagi menunaikan ibadah tersebut. Sistem ini telah diperkenalkan sejak tahun 1995.

Namun, anda hanya akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji jika anda membuat pendaftaran dengan Tabung Haji. Jika anda tidak membuat pendaftaran, maka anda tidak akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan haji.

Hal ini bermaksud anda perlu terus menunggu dan tidak tahu tahun bilakah anda akan berpeluang untuk menunaikan haji. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendaftar segera dengan Tabung Haji.

SYARAT-SYARAT MENDAFTAR HAJI

Sebelum membuat pendaftaran, pastikan anda telah memenuhi beberapa syarat yang diperuntukkan oleh pihak Tabung Haji ini. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Anda harus mempunyai baki dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM 1,300.
  • Tidak ada rekod pendaftaran haji yang aktif. (Hanya satu pendaftaran sahaja dibenarkan)
  • Untuk anda yang telah menunaikan haji, pendaftaran baru hanya dibenarkan selepas 5 tahun anda menunaikan haji tersebut.
  • Bagi ahli KWSP, anda hanya boleh mendaftar haji jika anda berumur bawah 55.

DI MANA ANDA BOLEH MANDAFTAR HAJI?

Untuk pengetahuan anda, selain daripada Tabung Haji, terdapat beberapa lagi agensi lain yang turut bekerjasama dengan Tabung Haji dalam urusan haji ini. Anda boleh mendaftar haji di mana-mana cawangan Tabung Haji seluruh Malaysia. Selain itu, pendaftaran haji juga boleh anda lakukan di:

  • ATM Bank Islam Malaysia Berhad
  • ATM/ CDM Maybank
  • Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat
  • THiJARI

Anda perlu membawa bersama Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran (bagi pemohon yang berumur 12 tahun ke bawah) semasa anda membuat pendaftaran. Pastikan juga anda tidak disenarai hitam untuk ke luar negara pada tahun anda dipilih untuk menunaikan haji.

KOS DAN BAYARAN HAJI

Untuk kos dan bayaran haji pada tahun ini, anda boleh rujuk kepada jadual di bawah.

th 1

Harga ini merangkumi semua kos yang berkaitan dengan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah Muassasah yang harus dibayar oleh Tabung Haji. Kos ini merangkumi:

  • Kos penerbangan
  • Kos pengangkutan
  • Kos penginapan
  • Kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah
  • Kos makanan dan minuman
  • Bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Jika diteliti, kos keseluruhan haji bagi setiap individu adalah berjumlah RM 22,450. Namun, bagi bakal haji yang akan menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah, Tabung Haji telah memberikan subsidi sebanyak RM 12,470 seorang. Subsidi ini merangkumi kesemua kos berikut:

  • Kos penerbitan buku dan risalah berkaitan haji
  • Kos petugas haji, kebajikan dan perubatan
  • Kos berkaitan kursus haji.
  • Kos operasi berkaitan haji di tanah air
  • Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk semua jemaah haji Malaysia.

PEMBATALAN ATAU PENUNDAAN HAJI

Bagi anda yang menerima tawaran menunaikan ibadah haji tetapi anda ingin menunda atau membatalkannya, anda perlu membuat permohonan di mana-mana pejabat Tabung Haji. Anda akan dikenakan denda mengikut kadar tertentu seperti berikut:

  • Kategori 1 = Potongan RM 500, pembatalan selepas 1 Ramadhan
  • Kategori 2 = Potongan RM 2000, pembatalan selepas jadual penerbangan haji dikeluarkan atau telah diperuntukkan kapal terbang
  • Kategori 3 = Potongan RM 4000, pembatalan selepas visa haji diperoleh.

Kepada anda yang belum mendaftar haji, anda dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan segera. Kepada anda yang sudah mendapat giliran untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang, kami mendoakan anda mendapat haji yang mabrur.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...