Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online Kepada Penerima Geran GeRUP. Percuma Tanpa Sebarang Bayaran

103

Usahawan dari Perak yang mendapat Geran Usahawan Perak digalakkan oleh SME Corp untuk menyertai kursus secara percuma iaitu Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online.

Kursus ini akan diadakan bermula 8 hingga 9 April ini dan ianya dapat membantu usahawan penerima geran GeRUP menguruskan perniagaan dengan lebih baik selepas mengikuti kursus yang dianjurkan ini.

Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP juga turut melancarkan bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah untuk membantu golongan asnaf yang terjejas dengan meningkatkan kehiduoan mereka melalui perniagaan.

Rujuk: Cara Mohon Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP 2021

INFO KURSUS ASAS KEWANGAN & PEMASARAN ONLINE

Tarikh, masa dan tempat Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP diadakan adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 8 & 9 (Khamis & Jumaat)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 Petang
  • Tempat: Hub Inovasi dan Multimedia (HiM), Digital Perak, Mydin Mall Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

GOLONGAN SASARAN KURSUS ASAS KEWANGAN & PEMASARAN ONLINE

Golongan sasaran untuk megikuti Kursus Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP ialah:

  • Penerima Geran Usahawan Perak (GeRUP)

BAYARAN KURSUS ASAS KEWANGAN & PEMASARAN ONLINE

Untuk pengetahuan anda, tiada bayaran dikenakan untuk Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP adalah:

  • PERCUMA SAHAJA!
Malahan Sijil dan makanan dan minuman juga turut disediakan kepada setiap peserta kursus.
Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi memudahkan permohonan bantuan di masa akan datang.

ISI KANDUNGAN KURSUS ASAS KEWANGAN & PEMASARAN ONLINE

Antara isi kandungan Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP ialah:

  • Pengurusan akaun perniagaan
  • Cara mengira kos produk
  • Teknik pemasaran dalam talian

CARA MOHON KURSUS ASAS KEWANGAN & PEMASARAN ONLINE

Untuk membuat permohonan Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP, anda hanya perlu menghubungi:

  • Encik Rais: 05-529 1621

Seterusnya anda akan menerima pautan pendaftaran serta boleh dapatkan pertanyaan lanjut mengenai Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online GeRUP.

Kursus Asas Kewangan & Pemasaran Online Kepada Penerima Geran GeRUP. Percuma Tanpa Sebarang Bayaran

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...