Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM)

1,474

Kaum wanita dari golongan ibu tunggal dan belia wanita Terengganu dipelawa untuk memohon kemasukan Kursus Usahawan Produk Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) yang dibuka permohonannya sehingga 15 April 2021.

Untuk membuat permohonan, anda boleh dapatkan info permohonan dengan lebih lanjut melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP 2021

INFO RINGKAS KURSUS USAHAWAN PRODUK KELULUT YDSM 2021

Kursus Usahawan Produk Kelulut YDSM 2021 merupakan satu kerjasama Exxonmobil Exploration And Production Malaysia Inc dengan YDSM dibawah Program Inisiatif Mendidik Wanita dan Beliawanis.

Kursus ini dirangka dengan tujuan untuk memberi latihan kemahiran golongan ibu tunggal dan beliawanis khususnya mereka yang berpendapatan rendah dengan matlamat menjadikan mereka usahawan produk kelulut yang berjaya disamping memperkasakan industri kelulut.

Cara Mohon Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM)

KONSEP KURSUS USAHAWAN PRODUK KELULUT YDSM 2021

Konsep Kursus Usahawan Produk Kelulut YDSM 2021 adalah:

  • Penekanan kepada aspek kemahiran dan teori.
  • Setiap peserta dikehendaki menjalani kursus yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang pakar dalam bidang berkaitan.
  • Peserta akan dipantau secara berkala untuk memastikan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diberikan sepanjang kursus dan dibimbing secara berterusan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan atau penghantaran borang mestilah sebelum atau pada:

  • 15 April 2021

SYARAT PERMOHONAN KURSUS USAHAWAN PRODUK KELULUT YDSM 2021

Anatara syarat permohonan untuk mengikuti Kursus Usahawan Produk Kelulut YDSM 2021 ialah:

  • Warganegara Malaysia, keutamaan kepada rakyat Terengganu.
  • Wanita daripada kalangan Ibu Tunggal dan Beliawanis sahaja.
  • Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
  • Berminat dalam bidang keusahawanan dan pembuatan produk.

CARA MOHON KURSUS USAHAWAN PRODUK KELULUT YDSM 2021

Dapatkan permohonan di:

  • Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan
    Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud
    20400 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman

ATAU

ATAU

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Usahawan Produk Kelulut YDSM 2021, sila hubungi Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan di:

  • Telefon: 09-625 1131/09-626 1131
  • Faks: 09-623 1131
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...