Bukan Scam: KWSP Akan Mula Buat Panggilan Susulan Dari Nombor 03 89224000 Untuk Permohonan i-Lestari

971

Definisi i-Akaun Dan i-Lestari

Untuk pengetahuan bersama, i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) bagi Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Melalui i-Akaun ini, anda boleh mengakses di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer anda.

i-Akaun dipermudahkan untuk pengeluaran i-Lestari selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk mengurangkan beban ahli pencarum sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.

“Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin. Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu [email protected] untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.”

panduan-Permohonan-iLestari-ENG-final

Panggilan Susulan Melalui Talian Sehala

Permohonan i-akaun KWSP telah dibuka permohonannya pada 1 April 2020 yang lalu dan berdasarkan permohonan yang telah diterima, pihak KWSP akan membuat panggilan susulan melalui talian sehala di nombor 03 8922 4000.

Anda tidak perlu menghubungi semula nombor tersebut kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja.

Anda boleh simpan nombor telefon ini supaya memudahkan anda mengetahui bahawa pihak KWSP membuat panggilan susulan kepada anda.

 

Bagaimana Ingin Tahu Panggilan Sah Dari KWSP?

Panggilan ini sah adalah daripada KWSP dengan mengenal pasti :

  • Nombor telefon KWSP : 03 8922 4000.
  • Ejen KWSP memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.

Bila Talian Ini Beroperasi?

Untuk pengetahuan anda,talian ini beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu, bermula jam 8 pagi hingga 7 malam.

Anda juga dinasihatkan untuk menunggu sahaja panggilan daripada pihak KWSP untuk mengelakkan sebarang kesesakan panggilan.

Pengumuman Dari KWSP

Untuk lebih meyakinkan anda, pihak KWSP telah pun membuat pengumuman berkaitan panggilan susulan melalui facebook KWSP seperti gambar di bawah.

kwsp umum

Sumber : https://www.facebook.com/KWSP

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...