Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PDRM Lanjutkan MyBayar Saman Diskaun 50% Sehingga Khamis Ini

1,387

Ada lagi ke yang tidak sempat untuk membuat pembayaran saman kompaun kesalahan trafik menerusi MyBayar Saman?

Jika ya, anda boleh menjelaskan semua saman kompaun kesalahan trafik menerusi aplikasi MyBayar Saman dengan diskaun 50% sehingga Khamis ini.

Manakala sempena hari ulangtahun JPJ yang ke-75, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong mengumumkan diskaun saman sehingga 70% bermula 13 April 2021 ini.

Rujuk: Diskaun 70% Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bermula 13 April 2021

TARIKH TAMAT PEMBAYARAN SAMAN KOMPAUN PDRM

Tarikh tamat pembayaran saman kompaun kesalahan trafik PDRM menerusi MyBayar Saman adalah sehingga:

  • 15 April 2021

Sebelum ini bayaran saman melalui MyBayar Saman adalah bermula pada 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

INFO MYBAYAR SAMAN

Sehingga kini seramai 708,030 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.

Pada 25 Mac lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai yang mempunyai saman kompaun trafik boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman, sehingga 11 April.

Bagaimanapun tawaran diskaun itu tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik antaranya melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

CARA-CARA MENDAFTAR MYBAYAR SAMAN

Terdapat 2 cara untuk mendaftar MyBayar saman iaitu melalui:

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

  • Klik DAFTAR dan masukkan maklumat peribadi yang diminta.
  • Klik SETERUSNYA untuk mendaftar.
  • Kemudian tunggu nombor OTP dihantar ke telefon bimbit anda.
  • Setelah siap, anda akan dibawa ke halaman utama untuk log masuk.
  • Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda cipta tadi.
  • Skrin akan menunjukkan sama ada anda mempunyai saman atau tidak.
  • Sekiranya anda mempunyai saman, pilih mod transaksi melalui pautan PEMBAYARAN untuk membayar saman yang ada.

Rujuk: Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyBayar Saman, anda boleh dapatkan info semasa ke semasa melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...