Tahukah anda bahawa pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI terdapat 22 inisiatif yang akan dilaksanakan dan berteraskan 3 matlamat utama iaitu:
- Memerangi wabak Covid-19
- Memeliharan Kebajikan Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Selain daripada inisiatif yang memberi manfaat kepada orang ramai, kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% kepada 6 sektor perniagaan di bawah pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (Permai).
Baca juga: GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP
TEMPOH DISKAUN KHAS BIL ELEKTRIK
Isi Kandungan
Diskaun khas bil elektrik adalah sebanyak:
- 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021
Diskaun khas bil elektrik ini bakal dimanfaatkan oleh 6 sektor perniagaan seluruh negara yang meliputi:
- Pengendali hotel
- Taman tema
- Pusat konvensyen
- Pusat beli-belah
- Pejabat syarikat penerbangan tempatan
- Agensi pengembaraan dan pelancongan
REBAT ELEKTRIK PENGGUNA TNB
Selain daripada diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor perniagaan, TNB juga memberikan rebat elektrik kepada pengguna berikut:
- Domestik
- Bukan Domestik
Kadar rebat yang diberikan kepada semua pengguna TNB adalah sebanyak:
- 2 sen setiap kilowatt per jam
- Penurunan sehingga 9%
Tempoh rebat elektrik untuk pengguna domestik dan bukan domestik adalah:
- Tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021
Rebat ini akan dimanfaatkan oleh:
- 7.5 juta pengguna domestik dengan kadar penurunan bil elektrik sebanyak 3.6% – 9.2%.
- Pengguna komersial pula akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0% hingga 5.2%.
- Pengguna industri pula akan menikmati penurunan bil di antara 4.6% hingga 6.1%.
TEMPOH BAYARAN ANSURAN TUNGGAKAN BIL
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kategori pengguna ini akan diberi kemudahan seperti:
- Membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021
Baca juga: Tarif Elektrik Kekal Untuk Tahun 2021, Bakal Terima Rebat & Penurunan Bil
Semoga segala inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan dan TNB ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat serta usahawan yang terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0 kali ini.