Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Latihan Industri Jabatan Perikanan Malaysia Di Buka

0 1,249

Permohonan Latihan Industri Jabatan Perikanan Malaysia kini di Buka. Di bawah merupakan maklumat ringkas Permohonan Latihan Industri yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Untuk memohon sila ikut arahan dan panduan yang disediakan.

Syarat-syarat:-

  1. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara yang diiktiraf;
  2. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
  3. Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
  4. Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
  5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
  6. Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.

Cara-cara permohonan:-

  1. Permohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Jabatan Perikanan Malaysia termasuk Pusat Pengembangan Akuakultur, Pusat Pengembangan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).
  2. Permohonan hanya akan diproses dua (2) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri bermula.
  3. Dokumen-dokumen seperti berikut adalah diperlukan bagi memudahkan pihak DOF untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar:
    • Borang Permohonan Mengikuti Latihan Industri (Borang PLKK.LI/KP.1/2020). Borang boleh didapati di laman web jabatan (www.dof.gov.my);
    • Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri daripada IPT;
    • Resume pelajar berserta dengan gambar pasport terkini; dan
    • Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar).

Pihak IPT hendaklah mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui pos sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum pelajar mula menjalani latihan industri ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Latihan Dan Kemajuan Kerjaya,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani,
Aras 4, Podium 2, Blok 4G2, No.30 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62628 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8870 4601
Faks: 03-8889 1052

Pihak DOF tidak akan melayan sebarang permohonan yang tidak lengkap.

  1. Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-88704601.
  1. Tarikh akhir bagi penghantaran permohonan pelajar latihan industri adalah seperti jadual berikut:
Sesi Pendaftaran Pelajar Jan/Feb/Mac/Apr May/Jun/Jul/Ogos Sept/Okt/Nov/Dis
Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan 31 Oktober 28 Februari 30 Jun

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jabatan Perikanan Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar yang diterima untuk menjalani latihan industri.  Jabatan Perikanan Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad.

Mohon Rujuk Maklumat Di Bawah :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...