Nak Lembu & Kambing Murah? Dapatkan Melalui Lelongan Haiwan Ternakan Yang Tidak Dituntut

206

Ingin mendapatkan haiwan ternakan seperti kambing dan lembu dengan harga yang paling murah?

Tahukah anda bahawa anda boleh dapatkan haiwan ternakan seperti kambing dan lembu dengan harga yang paling murah melalui lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut.

Kebiasaannya lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut akan diiklankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing dan anda boleh dapatkan maklumat berkaitan haiwan lelongan beserta harga melalui iklan yang dipamerkan.

INFO LELONGAN HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK DITUNTUT

  • Tarikh lelongan: 25 Mac 2021
  • Masa lelongan: 10.00 pagi
  • Tempat lelongan: Pusat Tahanan Haiwan di Kawasan Perindustrian Chenderiang (Tepi Sungai)

LELONGAN HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK DITUNTUT

Lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut adalah sah menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana haiwan yang telah disita dan tidak dituntut sebagaimana perkara 6 (3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu).

Lelongan ini adalah salah satu cara atau kaedah melupuskan haiwan ternakan yang telah ditangkap oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Terdapat 16 ekor haiwan dengan 13 ekor kambing dan 3 ekor lembu yang akan dilelong pada 25 Mac 2021.

JENIS HAIWAN & HARGA HAIWAN YANG DILELONG

Antara jenis haiwan dan harga haiwan yang dilelong adalah:

BIL JENIS HAIWAN JANTINA NO. PENANDA HARGA REZAB
1 Kambing Betina 1 RM280.00
2 Kambing Betina 2 RM190.00
3 Kambing Betina 3 RM295.00
4 Kambing Betina 4 RM250.00
5 Kambing Betina 5 RM380.00
6 Kambing Betina 6 RM210.00
7 Kambing Betina 7 RM270.00
8 Kambing Betina 8 RM420.00
9 Kambing Betina 9 RM250.00
10 Kambing Betina 10 RM405.00
11 Kambing Betina 11 RM280.00
12 Kambing Betina 12 RM140.00
13 Kambing Betina 13 RM280.00
14 Lembu Betina L1 RM290.00
15 Lembu Betina L2 RM215.00
16 Lembu Betina L3 RM585.00

CARA MEMBELI HAIWAN TERNAKAN YANG DILELONG

Untuk membeli haiwan ternakan yang dilelong adalah:

  • Anda perlu hadir pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan.
  • Haiwan yang dilelong akan menjadi milik anda berdasarkan kepada tawaran harga yang tertinggi.
  • Setiap pembida hanya boleh membuat pembelian sebanyak 2 ekor haiwan ternakan sahaja (Maksimum).
  • Pembayaran perlu dilakukan dengan segera sebelum haiwan berkenaan diserahkan kepada MBKT di kaunter yang disediakan.

IKLAN LELONGAN HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK DITUNTUT

Nak Lembu & Kambing Murah? Dapatkan Melalui Lelongan Haiwan Ternakan Yang Tidak Dituntut

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai lelongan haiwan ternakan, sila hubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu di:

  • Telefon: 09-627 1129/1140/1186
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...