Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jika Majikan Enggan Bayar Gaji Dalam Tempoh PKP, Apakah Tindakan Perlu Saya Buat Sebagai Pekerja?

0 2,469

Pengenalan

Kerajaan telah mengumumkan penularan virus Covid-19 meningkat dengan mendadak dan sehubungan dengan itu, Perdana Menteri dan jawatankuasa yang terlibat mengambil langkah serta merta untuk menghalang merebaknya Covid-19 dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara tidak langsung pelbagai sektor serta industri terutamanya swasta tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Hanya 8 kerja kritikal sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Apakah jenis 8 kerja kritikal tersebut?

Berikut adalah 8 kerja kritikal yang berada dalam skop Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

kerja kritikal1

kerja kritikal2

Majikan enggan membayar gaji dan apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya majikan enggan membayar gaji kepada anda, anda boleh terus menghubungi Jabatan Tenaga Kerja melalui emel atau hadir ke pejabat JTK yang berdekatan selepas tamat tempoh PKP.

xbyr gaji

Adakah gaji yang dibayar kepada saya penuh sebulan atau separuh atau mengikut hari bekerja sahaja?

Ya, majikan perlu membayar gaji penuh kepada pekerja. Manakala bagi pekerja bergaji harian perlu di bayar mengikut kadar upah yang dipersetujui bersama di dalam surat pelantikan.

Tetapi gaji harian saya tidak tetap, bagaimana pula?

Sekiranya bergaji harian yang tidak tetap,majikan perlu membayar mengikut kadar upah yang minimum.

gaji

elaun

Majikan saya tersenarai dalam essential service, tetapi saya enggan pergi bekerja, adakah majikan saya perlu membayar gaji saya?

Jawapannya adalah anda tidak layak mendapat gaji kerana majikan anda tersenarai di dalam essential services.

majikan_5

Sekiranya terdapat masalah berkaitan gaji antara saya dan majikan, siapa dan di mana perlu saya hubungi?

Sekiranya masalah berkaitan gaji belum selesai serta soalan berkaitan sepanjang tempoh PKP ,anda boleh:

001hotline_PKP

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...