Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Daftar Pengeluaran i-Lestari KWSP Kini Secara Online, Dah Tak Perlu Isi Borang atau Beratur Lagi

2,442

Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Bagi anda yang ingin megeluarkan  wang melalui akaun KWSP anda, anda boleh keluarkan secara online iaitu melalui i-Akaun.

Pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah daripada Akaun 2 sahaja an dilakukan secara berulang sehingga 31 Mac 2021 iaitu tempoh 12 bulan mengikut kelulusan permohonan anda.

Kita fahamkan mengikut contoh situasi berikut:

Contoh Situasi:

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

Cara Memohon

Anda boleh memohon pengeluaran i-Lestari boleh melalui i-Akaun (Ahli) seperti berikut dengan melayari laman web www.kwsp.gov.my :

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Klik e-Pengeluaran
  4. Klik Permohonan Baru
  5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
  6. Isikan ‘Amaun Dimohon’
  7. Isikan ‘ Butiran Akaun Bank’
  8. Klik ‘Setuju’ di bahagian ‘Perakuan’
  9. Klik ‘Permohonan TAC’
  10. Isikan nombor TAC dan ‘Hantar’
  11. Skrin akan memaparkan ‘Pengesahan Permohonan Pengeluaran’

Anda boleh rujuk panduan pengguna seperti dibawah.

ilestripengguna

ISI BORANG PENGELUARAN I-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

Terkini KWSP lebih memahami masalah ahlinya untuk membuat permohonan pengeluaran dan memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian atau online.

Berikut langkah-langkah memohon :

  • Anda klik link berikut : https://ilestari.kwsp.gov.my/
  • Klik pada ‘Permohonan baru’
  • Isi maklumat terkini, pastikan nombor kad penganalan anda, ejaan nama dan semua maklumat adalah betul dan tepat.
  • Tandakan dibahagian kotak pengesahan dan klik hantar.

Nota : Pastikan anda tidak tergopoh ketika mengisi maklumat penting seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh anda serta isikannya dengan  berhati-hati dan membuat semakan berulangkali sebelum menghantar permohonan anda.

mohon baru ilestari

mohon1

Semakan

Selepas permohonan anda telah dihantar dan anda ingin membuat semakan status permohonan anda, anda boleh semak di link berikut : https://ilestari.kwsp.gov.my/.

semakilestari

Tarikh Terima Bayaran

Bagi anda yang membuat permohonan pada bulan April 2020, pembayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran akan dibuat pada bulan berikutnya.

Link Berkaitan

Berikut link emel berkaitan i-Lestari untuk memudahkan anda membuat penghantaran permohonan :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut serta panduan, anda boleh layari laman berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...