Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MQR : Semak Pengiktirafan Sijil / Diploma dan Ijazah Anda Di Sini

4,454

Sebelum anda membuat sebarang permohonan kerja, apa kata anda semak pengiktirafan sijil anda terlebih dahulu.

“Di mana saya boleh buat semakan pengiktirafan sijil / diploma / ijazah yang saya perolehi? Bukankah semuanya sudah diiktiraf?”

Walaupun anda berjaya memperolehi sijil / diploma/ ijazah sekalipun, anda perlu membuat semakan kerana dikhuatiri sijil anda tidak diiktiraf oleh MQR iaitu satu badan yang membuat pengiktirafan sijil pengajian anda dan pastinya diikitiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pengiktirafan ini sangat penting sekiranya anda ingin memasuki pekerjaan di sektor awam atau ketika menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Hal ini kerana, anda perlu membawa bersama salinan pengiktirafan sijil anda untuk diberikan kepada pihak yang berkenaan.

Juga rujuk : Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

KANDUNGAN PENGIKTIRAFAN MQR

Apakah yang terdapat di dalam pengiktirafan MQA atau nama penuhnya Malaysian Qualifications Register (MQR) ini?

Antara maklumat yang ada ialah:

  • Nama dan alamat institusi pendidikan tinggi (IPT)
  • Nombor rujukan kelayakan
  • Nama kelayakan
  • Bidang kelayakan
  • Tempoh sah laku
  • Tahap kelayakan
  • Jam kredit bergraduat

LANGKAH SEMAKAN SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH DI MQR

Untuk membuat semakan, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Klik pautan ini: SEMAKAN SIJIL MQR
  • Seterusnya klik pada CARIAN KELAYAKAN dan klik institusi pendidikan yang berkaitan seperti Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi.
  • Klik pada NAMA IPTA dan NEGERI IPTA pada senarai yang dipaparkan.

MQR : Semak Pengiktirafan Sijil / Diploma dan Ijazah Anda Di Sini

  • Klik pada nombor yang berwarna biru.

MQR : Semak Pengiktirafan Sijil / Diploma dan Ijazah Anda Di Sini

  • Seterusnya status kelayakan anda akan dipaparkan dengan maklumat lengkap seperti gambar di bawah.
  • Akhir sekali, cetak status pengiktirafan sijil anda.

MQR : Semak Pengiktirafan Sijil / Diploma dan Ijazah Anda Di Sini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan semakan kelayakan sijil, anda boleh hubungi MQR di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...