Pendidikan

Murid Sekolah Boleh Pakai Baju Biasa Hingga 26 Mac 2021

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

24 February 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Ibu bapa yang tidak sempat membeli kelengkapan sekolah terutamanya pakaian seragam sekolah, diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

Ini adalah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan sesi persekolah bagi Tahun 2021 akan bermula pada 1 Mac 2021 ini.

Rujuk: Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

Jadi, ibu bapa dan pelajar tidak perlu risau dan murid boleh hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa sahaja.

TARIKH KEBENARAN MEMAKAI PAKAIAN BIASA KE SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kebenaran tersebut bermula:

  • 1 Mac 2021 hingga 26 Mac 2021

KRITERIA PAKAIAN BIASA KE SEKOLAH

Antara kriteria pakaian biasa ke sekolah yang dimaklumkan oleh KPM ialah:

  • Sesuai
  • Kemas
  • Sopan

Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

ADUAL TARIKH SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA 2021

Untuk lebih jelas,anda boleh rujuk jadual tarikh sesi persekolahan secara bersemuka seperti yang dikongsikan ini.

Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.