Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

22,660

Sekarang ini musim hujan dan banyak kawasan telah pun banjir dan boleh menyebabkan anda terperangkap di kawasan tersebut. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda boleh download Aplikasi My Public Info Banjir mulai hari ini.

Aplikasi ini memudahkan anda mendapatkan maklumat dengan terperinci mengenai kawasan yang dilanda banjir serta perkara berkaitan bencana banjir. Aplikasi ini juga menyediakan data banjir untuk 1,500 kawasan seluruh negara.

Seterusnya dapatkan info selanjutnya mengenai aplikasi My Public Info Banjir melalui perkongsian ini.

5 CIRI APLIKASI MY PUBLIC INFO BANJIR

Terdapat 5 ciri aplikasi My Public Info Banjir iaitu:

  • Utama
  • Peta lokasi
  • Notifikasi
  • SOS
  • Lokasi pilihan ramalan banjir POI

UTAMA

Pengguna akan lihat maklumat takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga atau normal. Selain itu, disediakan juga maklumat taburan hujan di kawasan tertentu.

Untuk melihat bacaan paras air dan taburan hujan di lokasi anda, anda perlu:

  • Untuk tetapkan bacaan di lokasi anda, tekan simbol tetapan yang berada pada bahagian atas kanan.
  • Pilih Negeri dan lokasi yang anda menetap sekarang kemudian tekan tambah.
  • Kembali semula ke ruangan utama, pada bahagian atas, anda dapat lihat maklumat paras air dan taburan hujan di lokasi yang anda sudah anda pilih.

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan BanjirMusim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan BanjirMusim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

PETA KAWASAN

  • Pada bahagian ini anda akan mengetahui aras air di lokasi sekeliling dan lokasi lain. Terdapat 337 lokasi disediakan di sini.
  • Tekan angka yang tertera untuk melihat info mengenai lokasi tersebut.

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan BanjirMusim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

NOTIFIKASI

  • Notifikasi yang disediakan ialah untuk ramalan banjir, amaran cuaca dan pengumuman umum info banjir.

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

SOS

  • Untuk memudahkan mangsa banjir meminta bantuan, bahagian ini menyediakan nombor talian kecemasan pihak pertahanan awam.

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

LOKASI PILIHAN RAMALAN BANJIR POI

  • Hanya boleh digunakan oleh pengguna yang sudah membuat tetapan POI sebelum ini.

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

MUAT TURUN APLIKASI MY PUBLIC INFO BANJIR

Untuk muat turun aplikasi My Public Info Banjir, anda hanya perlu muat turun seperti berikut:

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

Musim Hujan, Guna My Public Info Banjir Saja Untuk Check Kawasan Banjir

SUMBER

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...