Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MyEG : Subsidi Saringan RM150, Permohonan Program Saringan Prihatin Dibuka Sekarang

1,203

Semua majikan syarikat-syarikat di Malaysia sudah boleh membuat permohonan subsidi saringan Covid-19 untuk pekerja mereka. Majikan-majikan boleh membuat permohonan subsidi melalui Program Saringan Prihatin di bawah MyEG dengan jumlah sebanyak RM150.

INFO RINGKAS MENGENAI MYEG

MyEG adalah pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia. Antara perkhidmatan tersebut ialah :

  • Membina
  • Menjalankan
  • Memiliki saluran dan aplikasi elektronik

PROGRAM SARINGAN PRIHATIN

Menerusi program ini, para pekerja yang mendaftar akan mendapat subsidi yang berharga RM150 setiap seorang bagi setiap ujian saringan diadakan.

Para pekerja akan menerima sijil digital daripada MyEG selepas saringan dilakukan dan sijil ini berbentuk QR Code dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka bagi tujuan pengesahan.

Nota : Sijil digital tersebut diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian Covid-19.

CARA PERMOHONAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN

Hanya majikan syarikat tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan dan ikuti cara-cara yang dikongsikan seperti ini :

MyEG : Subsidi Saringan RM150, Permohonan Program Saringan Prihatin Dibuka Sekarang

MyEG : Subsidi Saringan RM150, Permohonan Program Saringan Prihatin Dibuka Sekarang

  • Lengkapkan maklumat dengan betul dan tepat.
  • Klik SUBMIT untuk penghantaran permohonan.

SEMAKAN PERMOHONAN

  • Masukkan nombor syarikat pada bahagian atas borang permohonan
  • Klik CHECK untuk semakan status permohonan.

MyEG : Subsidi Saringan RM150, Permohonan Program Saringan Prihatin Dibuka Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Saringan Prihatin dengan menghubungi MYEG di :

  • Telefon : 03-7801 8888
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...