Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Berniaga Food Truck? Ini Panduan Untuk Anda Memulakan Langkah Pertama

3,241

Anda minat berniaga tetapi anda lebih berminat menggunakan Food Truck kerana bagi anda berniaga dengan menggunakan Food Truck lebih memudahkan anda untuk membawa barang memasak, membuat jualan, mengemas dan terus pulang.

Jika anda benar-benar berminat, ini adalah panduan bagi anda untuk memulakan langkah pertama berniaga menggunakan Food Truck.

Anggaran Kos Keseluruhan Food Truck

Anggaran kos bagi anda yang ingin memulakan perniagaan ini dan ianya merangkumi kos-kos berikut:

  • Yuran Permit
  • Kos Operasi
  • Harga Trak

Yuran Permit

  • Anda perlu mendapatkan dokumen pendaftaran perniagaan dari Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) dengan caj sebanyak RM100 dan juga lesen GDL sebanyak RM500 untuk memulakan perniagaan.
  • Anda juga perlu memohon permit perniagaan dari majlis bandaran di lokasi perniagaan Food Truck anda. Permit ini boleh mencecah RM1,080 dan perlu diperbaharui setiap 6 bulan.

Nota: Jika anda ingin berniaga di beberapa lokasi yang berbeza, anda perlu memohon lebih dari satu permit.

Kos Operasi

  • Sediakan menu yang sedap dan menarik untuk menarik pelanggan sekaligus menjadi pelanggan tetap anda.
  • Sediakan sepanduk penanda dengan rekaan yang unik dengan anggaran kos RM300.
  • Anda juga dinasihatkan untuk memperuntukkan RM3,000 sebagai simpanan kecemasan dan RM300 untuk kos penyelenggaraan.
  • Anggaran kos untuk bahan-bahan mentah masakan sekitar RM20,250 sebulan jika kos untuk satu hidangan ialah:

(RM4.00 untuk makanan + RM0.50 bungkusan) x 150 bungkusan sehari x 30 hari

makanan food truck

Harga Trak

  • Harga trak makanan yang lengkap dengan semua peralatan memasak adalah antara RM100,000 sehingga RM150,000.
  • Setelah Food Truck anda siap, bawa ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan.puspakom

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan program Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) termasuk modal dan bimbingan untuk usahawan dalam bidang perniagaan trak makanan.

Syarat permohonan untuk skim ini ialah :

  • Status berniaga kurang dari 6 bulan
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan
  • Pernah menjalankan perniagaan
  • Dikehendaki mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi lain yang diiktiraf.

mara

Pendapatan Yang Lumayan

Anda jangan terkejut kerana pendapatan berniaga melalui yang diperolehi boleh mencecah sehingga RM45,000 sebulan.

Mari kita lihat kiraan ini.

  • Jika anda menjual makanan pada harga RM10 untuk satu set, ini bermakna sebanyak 4500 set perlu dijual dalam masa sebulan (150 sehari, jika anda berniaga setiap hari).
  • Anda juga boleh menjana pendapatan tambahan dengan menawarkan khidmat katering. Keuntungan yang anda boleh perolehi untuk satu majlis kecil adalah sekitar RM1,000 hingga RM1,500 manakala untuk majlis besar boleh mencecah sehingga RM8,000.

Pengiraan Untung Bersih (Anggaran)

Ambil kira kos serta pendapatan di atas dan katakan anda memulakan perniagaan dengan pinjaman RM125,900 pada kadar faedah 7% setahun dan tempoh bayaran balik selama 5 tahun.

pendapatan food truck

Anda boleh lihat disini pendapatan anda selama satu bulan adalah sebanyak RM45,000.

Potensi Cerah Perniagaan Food Truck

Jika dilihat pengiraan untung bersih jadual di atas perniagaan Food Truck ini sangat berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan yang lumayan buat anda. Anda hanya perlu menyediakan hidangan yang unik, murah dan sedap maka permintaan daripada pelanggan akan meningkat.

Anda perlu berusaha dengan lebih keras untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Sekiranya anda terlibat dengan katering, pastikan anda mampu memenuhi kehendak daripada pelanggan.

tapak food truck

Berikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan anda.

Semoga dengan perkongsian ini memberikan anda ilmu baru untuk memulakan perniagaan Food Truck.

Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...