Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Lajukan Internet Di Rumah? Ikut 6 Step Ini Internet Pasti Laju

3,541

Bagi penggemar filem dan drama, pastinya inilah masa yang tepat buat anda untuk menghabiskan menonton filem atau drama kegemaran anda.

Siap semua tugasan dan tibalah waktu yang dinantikan. Sedang seronok menonton filem kegemaran, tiba-tiba internet slow dan bermulah episod loading dan jalan cerita tersekat-sekat.

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya?

Jangan panik, ni ada 6 trik menjadikan internet rumah anda laju. Ikut langkah-langkah ini untuk memastikan internet anda laju semula.

6 Trik Internet Laju

1. Point Sambungan Wifi Terbaik

Anda perlu memastikan kedudukan router anda dalam kedudukan yang strategik. Ini kerana kedudukan router menentukan kelajuan internet anda. Letakkan router di tempat tinggi di tengah rumah, tak terhalang dengan dinding, objek besi atau peralatan wireless untuk minimakan interferens.

Anda boleh menggunakan frekuensi 5GHz untuk sambungan WiFi yang lebih laju. Gunakan frekuensi 2.4GHz sekiranya anda berada jauh daripada router kerana  ianya mempunyai capaian yang lebih jauh dan transmisi yang lebih baik melalui dinding dan objek solid.

kedududan router

2. Sekat Iklan Pada Browser

Iklan yang terlalu banyak pada browser juga menyebabkan internet menjadi perlahan. Jadi, anda perlu menyekat iklan tersebut dan dapat mengurangkan penggunaan bandwidth.

Anda juga boleh menyekat iklan pada browser yang mengandungi perisian hasad atau virus.

Anda guna hotspot untuk tugasan dan menonton filem? Sekat iklan yang selalu pop up dengan setting Google seperti di bawah.

  • Pengguna Android

Buka tetapan ( Setting) > Google > Ads > klik ‘Opt out of interest-based ads’ atau ‘Opt out of Ads Personalisation’

  • Pengguna iPhone

Matikan ‘Ad Personalisation’ dalam panel Ad Personalisation dan tetapan.

block ads

3. Nyah Aktif Auto-Sync Aplikasi Yang Jarang Digunakan

Fungsi auto-sync ini memastikan data dalam peranti anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat terbaru. Antara aplikasi yang menggunakan fungsi ini ialah Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.

Jika anda jarang gunakan aplikasi yang libatkan penyimpanan data atas talian atau cloud storage, lebih baik anda matikan sahaja fungsi auto-sync dalam peranti.

Dengan mematikan fungsi ini, anda boleh menghentikan penggunaan data belakang tabir sekaligus mempercepatkan proses muat turun data dari Internet.

delete auto sync

4. Gunakan Kabel Ethernet 

Selain daripada itu, penggunaan kabel ethernet dapat membantu internet anda mencapai kelajuan dua atau tiga kali ganda lebih laju berbanding menggunakan sambungan tanpa wayar.

Jadi, anda tidak perlu risau video tersekat atau internet terputus lagi secara tiba-tiba.

kabel ethernet

5. Guna Antivirus

Lindungi komputer anda dengan perisian antivirus. Kerap kosongkan cache dan pantau penggunaan internet anak-anak dan sekat laman web yang tidak elok kerana virus banyak terdapat di web seperti itu.

antivirus

6. Set Dan Sambung Semula modem

Reset dan refresh modem dan router anda untuk elakkan gangguan sambungan WiFi lepas penggunaan yang lama. Sambungan WiFi boleh terganggu ketika digunakan dalam tempoh yang panjang atau ketika trafik rangkaian sedang sesak.

reset router

Mudah sebenarnya jika kita tahu caranya yang betul untuk lajukan internet di rumah. Semoga dengan perkongsian ini membantu anda melajukan internet di rumah.

Selamat bekerja dari rumah dan selamat menonton filem serta drama kegemaran anda dengan tenang.

Sumber :

  • Wiser
  • Siakap Keli
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...