Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online MyRail5. Ini Cara Daftar

258

Pelajar dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati keistimewaan yang diperkenalkan oleh KTMB MyRail5 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had.

Pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada pelajar sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Dapatkan cara membuat pendaftaran melalui perkongsian ini dan anda yang ingin dapatkan My30 Beli 1 Percuma 1 RapidKL pas tanpa had untuk naik tren dan bas, klik disini serta daftar dengan segera.

TUJUAN PAS MyRAIL5 DIPERKENALKAN

Pas MyRail5 diperkenalkan dengan tujuan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain mengalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

LOKASI PERKHIDMATAN PAS MYRAIL5

Pas MyRail5 ini boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter di lokasi berikut:

  • Lembah Klang
  • KTM Sektor Utara
  • Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat
  • Perkhidmatan tren Sabah

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PAS MYRAIL5

Antara syarat kelayakan untuk membuat pendaftaran pas MyRail5 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6
  • Golongan OKU

LOKASI PENDAFTARAN PAS MYRAIL5

Anda boleh membuat pendaftaran Pas MyRail5 di lokasi berikut:

Lembah Klang

Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online MyRail5. Ini Cara Daftar

KTM Komuter Sektor Utara & Shuttle Timuran

Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online MyRail5. Ini Cara Daftar

Bagi pengguna sedia ada pula boleh membuat pendaftaran Pas MyRail5 mengikut saluran permohonan awal konsesi (KITS) di kaunter atau secara online.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PAS MyRAIL5

  • Anda boleh membuat pendaftaran secara online dilaman web berikut: PAS MYRAIL5 dan muatnaik dokumen seperti yang diminta.
  • Selain secara online, anda juga boleh ke kaunter tiket KTMB seperti yang dinyatakan di atas.

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN PAS MyRAIL5

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat pendaftaran Pas MyRail5 ialah:

PENDAFTARAN BARU

  • Kad pengenalan
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6)
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

PENGGUNA SEDIA ADA

KTM Komuter sektor Lembah Klang

  • Kad Pengenalan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada

KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran

  • No.PNR (KITS)
  • Kad Pengenalan
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

PEMBAHARUAN PAS MYRAIL5

KTM Komuter sektor Lembah Klang

  • Kad pengenalan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada (bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja)

KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran

  • No.PNR (KITS)
  • Kad pengenalan
  • Kad OKU

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...