Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SPP: Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41. Mohon Disini

1,986

Anda seorang yang berpewatakan sebagai seorang pendidik serta mempunyai kelayakan akademik yang setaraf? Jika ya, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menawarkan jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 untuk dipenuhi.

Malahan, jika anda sangat berminat untuk memohon jawatan sebagai guru ganti pula, anda boleh membuat permohonan sebagai guru ganti Personel MyStep dengan 34 kekosongan yang menanti anda.

Rujuk: 34 Kekosongan Jawatan Guru Ganti Personel MyStep Menunggu Anda. Semak Cara Mohon Disini

Untuk membuat permohonan dan semakan syarat kelayakan pula, sila dapatkan melalui perkongsian ini dan mohon dengan segera sebelum tamat tarikh mohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan mulai sekarang sebelum tarikh tutup pada:

  • 7 Mac 2021 / Ahad

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

Jawatan ini ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan jawatan ini berada dalam kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional.

Gaji yang ditawarkan ialah:

  • Gaji minimum: RM1,916.31
  • Gaji maksimum: RM5,474.81
  • Kadar kenaikan gaji: RM145.00

LOKASI KEKOSONGAN JAWATAN

Lokasi untuk kekosongan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 ialah di:

  • Negeri Sarawak

BIDANG YANG DITAWARKAN

Antara bidang yang ditawarkan ialah:

  • Rekabentuk fesyen dan pakaian
  • Matematik

SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat umum kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN MENGIKUT BIDANG

Antara kelayakan mengikut bidang yang ditawarkan ialah:

Rekabentuk fesyen dan pakaian

  • Sarjana Muda Fesyen dan Pakaian
  • Sarjana Muda Rekaan Fesyen dan Pakaian

Matematik

  • Sarjana Muda Matematik
  • Sarjana Muda Matematik Industri
  • Sarjana Muda Matematik, Komputer dan Industri
  • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Matematik/Fizik)

CARA MOHON JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan dengan mySPP untuk jawatan ini, anda hanya perlu :

  • Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
  • Isi permohonan baru dan tidak dibenarkan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang digunakan untuk log masuk ke JobsMalaysia sebelum ini.
  • Dapatkan MYID dan daftarkan akaun baru anda dengan menggunakan MYID sebelum mengisi permohonan dan klik DAFTAR BAHARU.
  • Seterusnya sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan KOD KESELAMATAN.
  • Klik DAFTAR dan klik DAFTAR MASUK untuk kemaskini maklumat anda.
  • Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
    Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN.
  • Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
  • Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
  • Permohonan anda selesai.

Rujuk: SPP: Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41. Mohon Disini

SPP: Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41. Mohon Disini

INFO JAWATAN TERKINI

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong seluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut mengenai jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41, anda boleh hubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 402
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...