Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penangguhan Solat Jumaat dan Solat Jemaah Dilanjutkan

0 1,120

Tempoh masa penangguhan semua aktiviti termasuk solat Jumaat dan solat jemaah di seluruh masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dilanjutkan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bersetuju dengan resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Mac 2020 lalu.

“Antara resolusi adalah penangguhan semua aktiviti masjid dan surau dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan.

“Bagi memastikan ketetapan baharu ini disampaikan kepada seluruh umat Islam di Wilayah Persekutuan dipatuhi dengan baik, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyerahkan kepada pertimbangan dan kebijaksanaan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Katanya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam agar kembali kepada ALLAH dengan memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, sedekah, amal makruf dan nahi mungkar serta segala amalan soleh.

“Semoga dengannya kita semua mendapat rahmat dan pemeliharaan dari ALLAH sehingga menjadi sebab agar musibah ini diangkat-Nya dan kita semua bebas sepenuhnya daripada wabak virus Covid-19,” katanya.

Sumber

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...