Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penangguhan Urus Niaga ASB & ASN 2020. Berapa Kadar Bonus & Dividen Akan Dapat?

3,890

Berapa agaknya dividen ASB dan ASN akan diberikan kepada pemegang unit pada tahun 2020? Adakah lebih tinggi berbanding tahun lepas atau bagaimana?

Untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir, urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan bermula 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Jadi, sebarang urusan berkaitan ASB dan ASN seperti pengeluaran dan simpanan serta lain-lain akan ditangguhkan untuk sementara waktu seperti tarikh yang ditetapkan.

TARIKH PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB & ASN 2020

Penangguhan urusniaga bermula pada:

  • 22 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021.

Jadi anda yang ingin membuat pengeluaran wang dari akaun ASB dan ASN boleh keluarkan wang anda selewat-lewatnya pada:

  • 21 Disember 2020 atau bermula 4 Januari 2021.

Bagaimana pula dengan tarikh pengumuman kadar dividen & bonus ASB 2020?

TARIKH PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2020

Seperti yang dinyatakan di atas, tarikh pengumuman kadar dividen dan bonus ASB 2020 akan diumumkan oleh PNB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 adalah pada:

  • 23 Disember 2020
Nota: Tarikh sebenar akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 ini.
Penangguhan Urus Niaga ASB & ASN 2020. Berapa Kadar Bonus & Dividen Akan Dapat?

KEMASKINI MAKLUMAT

Bagi membolehkan pemegang unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, pemegang unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini:

  • Maklumat nombor telefon bimbit.
  • Alamat e-mel di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

PENYATA PENGAGIHAN PENDAPATAN, LAPORAN TAHUNAN SECARA EMEL

Penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua Pemegang Unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my.

Pemegang Unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my.

KADAR BONUS DAN DIVIDEN ASB 2020

Kadar jumlah pengagihan bonus dan dividen ASB akan dikira berdasarkan sen / seunit dan jumlah tersebut pada tahun 2020 ialah:

TAHUN DIVIDEN BONUS / EHSAN
2020 4.25 0.75
(Untuk 30,000 unit pertama) sempena sambutan ulang tahun ke 30 ASB

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di:

Telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)

Emel: [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...