Penerima BPN Nasional Akan Menerima SMS Penkreditan Bayaran Dari 62000/63833 Secara Berperingkat Hari Ini

1,430

Pembayaran BPN

Telah diketahui bahawa orang ramai yang telah lulus permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui Skim Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan mendapat pembayaran bermula hari Isnin,06 April sehingga 12 April 2020. Jadi bagaimanakah kita boleh mengetahui pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing?

duit2

Terima SMS Dari 62000/63833

Anda akan menerima SMS daripada nombor berikut iaitu 62000 atau 63833 yang menyatakan bahawa pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda isikan semasa pendaftaran permohonan sebelum ini.

sms

Belum Terima SMS Lagi

Sekiranya anda belum menerima sebarang SMS lagi daripada nombor tersebut, anda jangan panik kerana SMS ini akan dihantar secara berperingkat kepada anda oleh pihak LHDNM.

Adakah SMS Ini Benar?

Ya,benar. SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda adalah SMS daripada pihak LHDNM untuk memberitahu kepada anda wang bantuan telah dimasukkan ke akaun bank anda.

Jadi, anda boleh ke ATM bank yang berdekatan untuk menyemak baki akaun anda untuk memastikan wang bantuan telah masuk ke akaun yang betul dan boleh membuat transaksi pengeluaran.

atm

Pernyataan Daripada Pihak LHDNM

Berikut adalah pernyataan oleh pihak LHDNM yang telah dimuat turun di halaman facebook LHDNM.

LHDNM SMS

Sumber : https://www.facebook.com/LHDNM

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...