SSM Lanjutkan Pengecualian Kompaun Sehingga 31 Disember 2021

160

Tidak sempat untuk memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan atau lewat untuk mendaftarkan perniagaan baharu sehingga dikompaun?

Selepas ini anda boleh perbaharui pendaftaran perniagaan anda tanpa membayar kompaun kerana anda dikecualikan membayar kompaun sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2021 ini.

Sebelum ini, SSM telah melanjutkan kompaun sehingga 30 Jun 2021, seterusnya dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 dengan tujuan membantu para peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Baca juga: SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Buat Ibu Tunggal & Belia B40

TEMPOH LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN

Tempoh lanjutan pengecualian kompaun adalah:

  • Sehingga 31 Disember 2021

INISIATIF LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN

Pelanjutan tarikh tamat inisiatif pengecualian kompaun atas urusan kelewatan pendaftaran adalah meliputi:

  • Pembaharuan semula
  • Pendaftaran perniagaan baharu

TUJUAN LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN

Tujuan lanjutan pengeualian kompaun adalah:

  • Pengecualian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 itu diperkenalkan bagi membantu komuniti perniagaan terkesan teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Membantu peniaga meneruskan perniagaan dan menggalakkan lebih ramai lagi bakal peniaga menceburi bidang perniagaan.

2 INISIATIF SSM

Antara 2 inisiaitf yang dilaksanakan SSM ialah:

  • Kemudahan pendaftaran percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar pengajian tinggi sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
  • Golongan orang kurang upaya berpeluang mendaftar dan perbaharui perniagaan dengan SSM secara percuma sebagai galakan menerokai bisnes.

SSM Lanjutkan Pengecualian Kompaun Sehingga 31 Disember 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai lanjutan pengecualian kompaun dan inisiatif berkaitan SSM, sila hubungi pusat panggilan SSM di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...