Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

17 Jenis Pengeluaran KWSP Termasuk Pengeluaran Perumahan PR1MA

0

Berikut dikongsikan 17 jenis pengeluaran KWSP termasuk yang baru diperkenalkan iaitu pengeluaran perumahan PR1MA.

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

17 Jenis Pengeluaran KWSP

Untuk makluman, ahli boleh memohon pengeluaran Pendidikan dan pengeluaran Perumahan melalui sistem e-Pengeluaran.

Kemudahan e-Pengeluaran terhad kepada ahli yang mendaftar i-Akaun sahaja.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Gaji 2018

#1 – Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

#2 – Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.

Kelayakan Memohon:

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  • Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.

#3 – Pengeluaran Umur 60 Tahun KWSP (Akaun Emas)

Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.

Kelayakan Memohon:

  • Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  • Mencapai umur 60 Tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP

kelayakan pengeluaran kwsp

#4 – Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

#5 – Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal
atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
  2. Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
  4. Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

#6 – Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

  • Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
    lain ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

Kelayakan Memohon:

  1. Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
    Malaysia; ATAU
  2. Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke
    Negara asal; DAN
  3. Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

#7 – Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

#8 – Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:

  • Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
  • Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:

  1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
  2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

#9 – Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.

Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

#10 – Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

#11 – Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

#12 – Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
  2. Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
  3. Ahli yang layak memohon adalah:
    i. Warganegara Malaysia; ATAU
    ii. Bukan warganegara Malaysia yang:
    Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

#13 – Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Kelayakan Memohon:

Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

#14 – Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

#15 – Pengeluaran Haji

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

#16 – Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

#17 – Pengeluaran Perumahan PR1MA

Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP

epengeluaran kwsp

Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.

Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’ untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Info lanjut pengeluaran KWSP boleh disemak di sini.

Comments
Loading...