Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional, Sila Buat Semakan Kriteria Kelayakan Penerima Dahulu

0 6,563

Pengenalan

Bantuan secara one-off kepada beberapa penerima yang layak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 27 Mac 2020 yang lalu.

YAB Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa peruntukan sebanyak  RM250 billion dikeluarkan  untuk membantu rakyat serta perniagaan yang terjejas AKIBAT Covid-19 dan digunakan untuk membendung penularan penyakit Covid-19 yang melanda negara kini.

Selaras dengan pengumuman ini, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memberikan garis panduan  cara untuk memohon bantuan ini.

Kriteria Kelayakan

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan untuk permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN):

BPN

Terdapat dua fasa pembayaran iaitu pada:

  1. Akhir April 2020
  2. Mei 2020

Definisi B40,M40 dan T20

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang B40,M40 dan T20 berkumandang di kaca televisyen dan radio. Sudah pasti ada yang yang ingin tahu apakah maksud disebalik perkataan yang sering didengari dan apakah perbezaan di antaranya.

  • B40

Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah 40%

  • M40

Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan pertengahan 40%

  • T20

Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan tertinggi 20%

Peratusan ini diperolehi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui hasil kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) dan dilakukan sebanyak 2 kali bagi setiap 5 tahun.

Pautan untuk permohonan

Untuk memohon bantuan ini, terutama bagi permohonan baru dan tidak pernah mendaftar BSH, anda perlu memohon secara online sahaja mulai 1 April 2020 melalui laman web rasmi LHDN: http://www.hasil.gov.my/

LHDN

Cara dan Kaedah Pembayaran mengikut Kategori

Cara pembayaran bagi golongan B40 adalah seperti berikut:

  1. Sudah ada maklumat akaun: Bayaran secara kredit ke akaun
  2. Status bayaran gagal kredit: Bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tidak mempunyai akaun : Bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Cara pembayaran bagi golongan M40 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran melalui akaun bank yang diisi di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) (terkini).
  2. Bayaran dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Semasa mengemukakan BNCP, jika taksiran bersama telah dipilih bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan

Semakan boleh dibuat pada 1 April 2020 melalui laman web berikut :

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) : http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH) : https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) : https://www.treasury.gov.my

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan maklumat lanjut berkaitan permohonan BPN ini, Kementerian Kewangan atau LHDN juga boleh dihubungi melalui saluran berikut :

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

EMEL: [email protected] atau [email protected]
TELEGRAM: PRE PRIHATIN
FACEBOOK: Kementerian Kewangan Malaysia

LHDN

Telefon: 1-800 882 747, 03-8911 1000

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...