Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Dan Kemaskini Maklumat Matrikulasi Dibuka Semula Sehingga 18 Mac 2018

0 1,649

Bagi calon lepasan SPM tahun 2017 yang terlepas membuat pendaftaran permohonan ke Matrikulasi, ada berita baik buat anda. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) telah mengumumkan untuk membuka semula permohonan ke Program Matrikulasi KPM.

Permohonan ini dibuka pada 19 Februari 2018 sehingga 18 Mac 2018. Permohonan ini hanya layak dibuat oleh lepasan SPM yang mengambil peperiksaan pada tahun 2017 sahaja.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, anda bolehlah membuat permohonan. Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang mempunyai lima digit.

Anda boleh membeli nombor ini di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 10. 06. Anda perlu memberikan nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2017 ketika membeli nombor pin ini. Contoh belian nombor NPI adalah seperti di bawah.

matrikulasi 1

TARIKH PEMBELIAN NPI

Nombor Pengenalan Individu (NPI) boleh dibeli di semua cawangan BSN di seluruh Malaysia bermula pada tarikh 19 Februari 2018 sehingga 18 Mac 2018. NPI ini akan digunakan untuk anda log masuk bagi membuat permohonan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN MATRIKULASI

Jika anda masih belum membuat permohonan matrikulasi pada sesi permohonan sebelum ini, anda masih boleh berbuat demikian kali ini. Namun, jika anda telah membuat permohonan tetapi ada beberapa maklumat yang perlu anda ubah, anda tidak perlu memohon semula. Cukup sekadar anda mengemaskini permohonan tersebut. Berikut merupakan cara-cara untuk anda memohon matrikulasi dan mengemaskini maklumat permohonan anda.

  1. Anda perlu layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan klik kepada Bahagian Matrikulasi. Anda dinasihatkan untuk membaca panduan pengisian yang tertera di situ terlebih dahulu.

matrikulasi 22. Bagi anda yang sudah pun memohon sebelum ini pula, anda tidak perlu memohon buat kali kedua. Anda cuma perlu mengemaskini maklumat di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Pastikan anda mengisi dua butiran penting untuk log masuk bagi tujuan kemaskini. Dua butiran tersebut adalah :
* Nombor kad pengenalan (tanpa tanda – )
* Nombor angka giliran SPM

matrikulasi 3

3. Setelah berjaya log masuk, anda boleh mengisi permohonan tersebut. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Bagi anda yang ingin mengemaskini pula, anda boleh mengubah maklumat yang ingin ubah dan boleh membuat kemaskini.

4. Anda juga tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kepada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kerana keputusan SPM anda akan diambil secara terus daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia sebaik sahaja keputusan SPM anda diumumkan secara rasmi.

5. Seterusnya, jika anda berjaya diterima untuk menyambung pengajian di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, anda haruslah mencetak (print) surat tawaran ke matrikulasi kerana surat tawaran tersebut akan dihantar kepada anda secara online.

6. Keputusan permohonan matrikulasi pula akan diumumkan secara online di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pastikan anda sentiasa peka dengan tarikh pengumuman keputusan permohonan matrikulasi.

TIPS MEMBUAT PERMOHONAN MATRIKULASI

Beberapa tips yang dapat membantu anda dalam memastikan permohonan matrikulasi anda membuahkan hasil. Antara tips tersebut adalah seperti berikut:

  • Berhati-hati memilih program. Jika anda berminat dengan program sains yang ditawarkan oleh matrikulasi, anda bolehlah memilih program sains. Begitu juga jika anda berminat dengan program lain, anda juga boleh berbuat demikian.
  • Pastikan pilihan program anda tidak menjejaskan prestasi anda. Program yang anda pilih haruslah membantu anda mendapatkan markah yang tinggi untuk digunakan ketika memohon universiti kelak.
  • Pilih matrikulasi yang menawarkan program yang anda inginkan.

Bagi anda yang terlepas peluang memohon matrikulasi sebelum ini, diharapkan anda tidak melepaskan peluang ini. Bagi anda yang sudah memohon pula, pastikan anda mengemaskini maklumat dengan kemas, teliti dan lengkap. Didoakan supaya permohonan anda semua akan berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...