Permohonan Jawatan Kosong Guru MRSM MARA (Pelbagai Subjek) Di Buka

0 29

Berminat menjadi seorang Guru? Apa kata anda cuba mohon jawatan Guru MARA untuk ambilan 2020 kali ini.

Untuk makluman terdapat kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Jawatan Guru MARA ini adalah jawatan bertaraf tetap dan juga kontrak.

Calon yang mempunyai minat dan cukup syarat kelayakan boleh rujuk maklumat permohonan Guru MARA di bawah dan kemukakan permohonan anda dengan kadar segera.

KEKOSONGAN JAWATAN GURU MRSM MARA

ℹ️JAWATAN:
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GRED DG41)
📜KELAYAKAN
IJAZAH PELBAGAI KELAYAKAN LAYAK MOHON
💰GAJI
MINIMUM RM2188
MAKSIMUM RM9552

BIDANG & SUBJEK KEKOSONGAN

Di bawah merupakan bidang dan subjek pengajian yang ditawarkan.

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Islam
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Pendidikan Seni / Seni Visual
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Seni Reka Grafik
  • Komputer Multimedia & Animasi

SYARAT KELAYAKAN MOHON JAWATAN GURU MARA

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Ijazah Dalam Bidang Berkaitan
  • Berumur Tidak Kurang Dari 18 Tahun
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik
  • Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf
  • Sihat Fizikal dan Mental;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Mempunyai Pengetahuan Dalam Mata Pejaran Yang Akan di ajar
  • Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon

BAGAIMANA MOHON GURU MARA 2020

Sekiranya berminat dengan tawaran sebagai guru MRSM ini, anda boleh mengisi borang permohonan online di portal rasmi www.mara.gov.my. Pautan permohonan disediakan di akhir artikel ini.

Kepada yang pernah memohon sebelum ini, anda boleh terus kemaskini maklumat sahaja.

Kepada yang baru pertama kali ingin mengisi kekosongan jawatan Guru MARA, sila buat permohonan baru di sini.

Perhatian kepada graduan kelulusan luar negara / IPTS, anda diminta untuk kemukakan salinan pengiktirafan MQA semasa sesi penilaian.

PAUTAN PERMOHONAN GURU MARA

Untuk memohon anda boleh terus sahaja ke portal MARA melalui pautan di bawah.

PERMOHONAN GURU MARA

Comments
Loading...