Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Guru Tabika KEMAS

0 1,882

Tahukah anda bahawa saban tahun terdapat puluhan ribu jawatan kosong yang ditawarkan kepada seluruh warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jawatan ini termasuklah Guru Tabika KEMAS.

Jawatan Guru Tabika KEMAS diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Permohonan boleh dibuat melalui Borang KEMAS SPAKK. Beberapa dokumen sokongan juga diperlukan semasa anda menghantar borang permohonan ini.

Jadi, jika anda berminat dengan jawatan ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Guru Tabika KEMAS, syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan ini serta dokumen-dokumen sokongan yang perlu anda sertakan semasa menghantar borang permohonan.

kemas 3

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Sebelum anda mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS terlebih dahulu. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  • Anda memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak daripada mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan lulus akreditasi MQA. Anda akan diberi keutamaan jika mempunyai sijil ini atau
  • Anda memiliki dekurang-kurangnya sijil Diploma dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf kerajaan dan lulus akreditasi MQA.
  • Anda memiliki Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) atau kelayakan lain yang setaraf serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan
  • Anda mesti memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dan juga lulus Ujian Lisan dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DISERTAKAN BERSAMA SEMASA MEMOHON

Berikut merupakan dokumen-dokumen sokongan yang harus anda sertakan ketika anda menghantar borang permohonan. Pastikan semua dokumen sokongan ini ada. Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu anda bawa semasa menghantar borang permohonan.

  • Sekeping gambar berwarna berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Transkrip pemohon
  • Salinan Diploma pemohon
  • Salinan pengesahan pengiktirafan kelayakan Diploma (boleh didapati di laman web Kementerian Pengajian Tinggi)
  • Salinan Sijil aktiviti dan pertubuhan (jika ada)

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Tahukah anda bahawa anda perlu memohon jawatan Guru Tabika KEMAS dengan cara memuat turun borang permohonan KEMAS SPAKK. Berikut merupakan cara-cara untuk anda mengemukakan permohonan jawatan guru tabika KEMAS:

1.) Muat turun borang permohonan KEMAS SPAKK daripada laman web rasmi KEMAS.

Borang permohonan kemas2.) Anda perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan tepat. Pastikan anda mengisi semua ruangan yang diisi tanpa tertinggal walaupun satu.

3.) Setelah selesai mengisi borang tersebut, anda perlu mencetak borang permohonan itu.

4.) Setelah dicetak, anda perlu menghantarnya ke mana-mana Pejabat KEMAS Negeri yang berdekatan dengan anda.

borang kemas 1

borang kemas 2

borang kemas 3

BORANG KEMAS SPAKK

Anda boleh mendapatkan borang ini di laman web rasmi KEMAS. Berikut merupakan contoh borang tersebut.

Borang permohonan kemas

PROSES TAPISAN PERMOHONAN

Permohonan anda akan melalui beberapa tapisan terlebih dahulu. Berikut merupakan proses tapisan bagi permohonan anda.

  • Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang telah menjalani temuduga juga akan dihubungi jika berjaya.
  • Pemohon yang berjaya akan menjalani Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK)

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN MEKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN

Untuk menyemak keputusan permohonan anda dan untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KEMAS. Klik link di bawah.

Laman web rasmi KEMAS: http://www.kemas.gov.my/index.php/my/kelayakan-guru-taska-tabika

kemas 1

Mohonlah segera jika anda berminat. Kami mendoakan agar permohonan anda akan berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...