Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Permohonan Jawatan Anggota SPRM Bagi Lepasan SPM/STPM Serta Pemegang Diploma/Ijazah Terbuka Buat Lelaki dan Wanita

0 5,108

Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan buat anda yang sedang mencari pekerjaan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka permohonan jawatan untuk sepanjang tahun bagi memenuhi kekosongan jawatan di Jabatan tersebut.

Permohonan dibuka untuk lelaki dan juga wanita. Permohonan juga boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SPA di bahagian permohonan. Anda yang berminat untuk mengisi permohonan bolehlah berbuat demikian.

Permohonan jawatan ini dibuka sepanjang tahun bermakna anda bebas memohon pada bila-bila masa namun tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun. Ambilan bagi jawatan ini turut dibuka sepanjang tahun apabila terdapat kekosongan dalam jawatan ini.

Ketahui jawatan-jawatan yang ditawarkan di bawah SPRM, cara mengemukakan permohonan bagi jawatan-jawatan ini, syarat-syarat kelayakan memohon serta bidang tugas bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPRM dalam artikel ini.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

Berikut merupakan senarai jawatan yang ditawarkan oleh SPRM mengikut kelayakan akademik.

  • Pegawai Siasatan SPRM
  • Penolong Pegawai Siasatan SPRM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA SPRM

Sebelum anda mengmukakan permohonan bagi mana-mana jawatan yang ditawarkan SPRM, anda perlulah tahu terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Anda juga perlu memenuhi semua syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

1.) Penolong Pegawai Siasatan SPRM

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki Diploma dalam bidang perniagaan, perakaunan, undang-undang dan lain-lain bidang berkaitan setaraf yang diiktiraf (Gaji: RM1,824.00)
  • Memiliki Diploma dalam kejuruteraan, ukur bahan, seni bina dan lain-lain bidang berkaitan setaraf yang diiktiraf(Gaji: RM1,863.82)

Syarat Lantikan Terus Ke Gred 31 atau Gred 37

Calon layak dipertimbangkan kenaikan jawatan ke Gred 31 atau Gred 37 oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kekosongan jawatan dan memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Memenuhi syarat-syarat di perenggan 1 (a), 1 (b), 1 (c) dan syarat Bahasa Melayu
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.

2.) Pegawai Siasatan SPRM P41

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang setaraf dan diiktiraf kerajaan. (Gaji: RM2,502.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM2,616.65)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan, ukur bahan, seni bina dan lain-lain bidang berkaitan setaraf yang diiktiraf(Gaji: RM2,732.18)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan yang diiktiraf kerajaan setaraf dengannya (Gaji: RM2,732.18)
  • Ahli Penuh Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan. (Gaji: RM2,963.24)
  • Ahli Penuh Institusi Akauntan Malaysia (Gaji: RM3,194.30)

Syarat Lantikan terus ke Gred P43, P47, P51, P53

  • Memenuhi syarat-syarat di perenggan 1 (a), 1 (b), 1 (c) dan syarat Bahasa Melayu
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan

BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI SIASATAN DAN PEGAWAI SIASATAN SPRM

Selain daripada syarat kelayakan, anda juga perlu ambil tahu tugas-tugas bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPRM. Berikut merupakan bidang tugasnya.

  • Aspek Siasatan
  • Aspek Perisikan
  • Aspek Pendidikan Masyarakat
  • Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  • Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  • Aspek Latihan
  • Aspek Keselamatan
  • Aspek Pengurusan Sumber Manusia

CARA MEMOHON JAWATAN ANGGOTA SPRM

Untuk memohon jawatan anggota SPRM, anda boleh mengisi permohonan secara online di laman web rasmi SPA di bahagian permohonan. Klik link berikut untuk memohon.

permohonan anggota sprm

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA SPRM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan anggota SPRM ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi SPRM. Klik link di bawah.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

permohonan jawatan anggota kastam 2

Laman web rasmi SPRM: http://www.sprm.gov.my

sprm 2

Bagi anda yang berminat, jangan tunggu lagi. Pastikan anda mengisi permohonan bagi jawatan SPRM ini. Kami mendoakan permohonan anda berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...