Permohonan Jawatan Dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Untuk Lepasan SPM, STPM & Ijazah Terbuka Lelaki & Wanita

0

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membuka jawatan kosong bagi lepasan SPM dan STPM serta pemegang Ijazah. Jadi, jika anda sedang mencari pekerjaan dan berminat memegang jawatan di JPN, jangan tunggu lagi. Kemukakanlah permohonan dengan segera!

Permohonan adalah dibuka secara online. Untuk membuat permohonan, anda boleh melayari laman web rasmi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan mengisi permohonan dalam laman web tersebut.

cara memohon anggota JPN

JAWATAN-JAWATAN DALAM JPN YANG DITAWARKAN

Berikut merupakan jawatan-jawatan dalam JPN yang dibuka untuk anda mohon.

  • Pembantu Pendaftaran KP19 ~ SPM Setaraf
  • Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ~ STPM/STAM/Diploma
  • Pegawai Pendaftaran KP41 ~ Ijazah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BAGI SETIAP JAWATAN

1.) Pembantu Pendaftaran KP19

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki SPM atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setara yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setara yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam SPM atau SVM atau kelulusan setaraf lain yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

2.) Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Memliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji:RM1,493.00)
  • Memiliki diploma daripada IPT tempatan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Pendaftaran KP19 layak dipertimbangkan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun

3.) Pegawai Pendaftaran KP41

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM2,081.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.(Gaji: RM2,285.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang setaraf dengannya. (Gaji: RM 2,387.21)

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 layak dipertimbangkan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Pendaftaran KP41 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

BIDANG TUGAS SETIAP JAWATAN DALAM JPN

1.) Pembantu Pendaftaran KP19

  • Memproses segala butiran berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara seperti Kad Pengenalan, Sijil Kematian, Sijil Kelahiran, Sijil Anak Angkat, Sijil Penceraian dan lain-lain.

2.) Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

  • Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.
  • Urusan Kad Pengenalan
  • Urusan Kelahiran, kematian, dan anak angkat.
  • Urusan Kewarganegaraan
  • Dan lain-lain

3.) Pegawai Pendaftaran

  • Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan perkara-perkara seperti Kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian, kewarganegaraan dan lain-lain yang berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara.

CARA MEMOHON JAWATAN DALAM JPN

Untuk membuat permohonan bagi jawatan-jawatan dalam JPN ini, anda perlu melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Anda perlu mengisi permohonan online di laman web tersebut. Klik link di bawah.

Link Untuk Permohonan: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

permohonan anggota JPN 1

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN DALAM JPN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan dalam JPN ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA dan laman web rasmi JPN. Tekan link di bawah:

Laman Web Rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

portal rasmi spa

Laman Web Rasmi JPN: http://www.jpn.gov.my/

permohonan JPN

Bagi anda yang berminat, bolehlah mohon. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Ini merupakan peluang keemasan buat anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda.

Comments
Loading...