Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Pegawai Bomba Gred KB19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

0 1,186

Tahukah anda bahawa untuk memohon jawatan dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, anda perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bukan sahaja jawatan bomba, malah banyak lagi jawatan lain boleh anda mohon melalui SPA.

Permohonan jawatan-jawatan dalam SPA adalah perlu dijalankan secara online di laman web rasmi SPA. Permohonan bagi semua jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Begitu juga dengan ambilannya yang dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dilakukan bila-bila masa jika terdapat kekosongan dalam jawatan tersebut.

Adakah anda berminat untuk mempunyai kerjaya sebagai seorang Pegawai Bomba Gred KB19? Jika anda berminat, bacalah artikel ini untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pegawai Bomba KB19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Beberapa syarat-syarat kelayakan permohonan perlu anda penuhi sebelum anda mengisi permohonan. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik
  • nafas (lelaki sahaja);
    lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
  • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
  • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
    memanjat tali.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEGAWAI BOMBA KB19

Untuk memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19, sebaiknya anda mengetahui bidang tugas ataupun skop kerja yang dijalankan oleh seorang pegawai bomba. Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh seorang Pegawai Bomba KB19 adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi pemohon yang permohonannya telah berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini adalah diajalankan secara online. Anda akan diuji dalam pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Anda perlulah lulus dengan cemerlang dalam pepepriksaan ini. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Untuk lulus dengan temuduga ini, tunjukan keyakinan diri anda serta kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA. Sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda. Anda boleh klik link yang kami sediakan.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini boleh didapati di laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Klik link yang kami sediakan di bawah.

Laman web rasmi Bomba Dan Penyelamat Malaysia: http://www.bomba.gov.my/
bomba

Ambilan bagi jawatan Pegawai Bomba tidak dibuka lagi untuk tahun ini. Ambilan akan dijalankan bila-bila masa bergantung kepada kekosongan jawatan Pegawai Bomba KB19 di mana-mana jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Anda yang ingin memohon, berbuat demikianlah dengan segera. Kami doakan permohonan anda berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...