Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pelukis Pelan Kejuruteraan Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,307

Adakah anda berminat dengan jawatan pelukis pelan kejuruteraan serta mendapat Gred Kepujian dalam subjek Lukisan Kejuruteraan dalam SPM? Jika ya, peluang keemasan menanti anda. Satu jawatan di bawah SPA yang sesuai dengan minat anda ini dibuka untuk permohonan.

Jawatan yang dimaksudkan ialah Pelukis Pelan Kejuruteraan bagi Gred JA19. Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i).

Dimaklumkan juga bahawa tiada tarikh tutup bagi permohonan ini kerana permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Ambilan bagi jawatan ini juga adalah dijalankan sepanjang tahun bermakna ambilan tidak ada tarikh tetap. Ambilan akan dijalankan apabila ada kekosongan bagi jawatan ini dalam mana-mana kementerian mahupun jawatan kerajaan.

Pastikan anda membaca artikel ini kerana anda akan mendapat panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pelukis Pelan Kejuruteraan JA19, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pelukis Pelan Kejuruteraan JA19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN JA19

Bagi anda yang berminat untuk memohon, sila teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu. Sila pastikan anda telah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini sebelum mengemukakan permohonan. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19:RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN JA19

Sudah menjadi keperluan buat anda yang ingin memohon jawatan ini tahu bidang tugas yang dilaksanakan oleh Pelukis Pelan Kejuruteraan JA19. Berikut merupakan senarai bidang tugas mereka.

  • Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi
  • Menyemak lukisan perunding
  • Merekod dan menyelenggara lukisan
  • Menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya akan melalui tapisan seterusnya iaitu peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan menguji anda dalam aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pelukis Pelan Kejuruteraan JA19, daya penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini akan dipanggil pula untuk temuduga. Tujuan temuduga diadakan adalah untuk melihat sejauh mana anda bersedia untuk menggalas jawatan dalam sektor kerajaan dan juga untuk menguji kebolehan berkomunikasi anda.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN

Permohonan boleh anda lakukan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Anda perlu klik pada bahagian permohonan SPA (SPA8i). Jangan bimbang. kami sudah sediakan link untuk anda. Klik sahaja link di bawah:

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN

Maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini boleh didapati dengan cara melayari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan di bawah.

Untuk makluman anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi dan akan dibuka pada bila-bila masa mengikut kepada kekosongan dalam jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Pihak kami akan membuat maklumat tentang ambilan tersebut melalui artikel di laman ini. Pastikan anda sentiasa membaca post terbaru kami. Bagi anda yang memohon, kami ucapkan selamat berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...