Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Akauntan W19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,596

Adakah anda merupakan seorang lepasan SPM dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan? Jika ya, ada berita baik buat anda. Tahukah anda bahawa terdapat banyak senarai kerja dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon melalui SPA?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) membuka permohonan dalam pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon. Salah satu daripada jawatan tersebut adalah jawatan Pembantu Akauntan Gred W19.

Pembantu Akauntan W19 memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan kewangan dan perakaunan. Jika anda berminat, anda bolehlah memohon secara online di laman web rasmi SPA.

Dimaklumkan juga bahawa tiada tarikh tutup bagi permohonan ini kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Begitu juga dengan ambilan bagi permohonan ini. Ambilan juga dijalankan sepanjang tahun. Pada bila-bila masa sahaja ambilan bagi jawatan ini dijalankan bergantung pada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan.

Pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Akauntan W19, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pembantu Akauntan W19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU AKAUNTAN W19

Anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Akauntan W19 terlebih dahulu sebelum memohon. Pastikan anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS JAWATAN PEMBANTU AKAUNTAN W19

Adalah penting untuk anda yang ingin memohon jawatan ini mengetahui bidang tugas Pembantu Akauntan W19. Antara bidang tugas Pembantu Akauntan adalah seperti berikut:

  • Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam yang perlu diambil secara online jika jawatan ini terdapat peperiksaan. Peperiksaan ini akan menguji anda berkenaan aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan ini, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Anda perlu membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang.

Seterusnya, jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan dipanggil untuk menduduki temuduga. Temuduga ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan anda dalam menjawat jawatan dalam sektor kerajaan serta ingin menguji kemahiran berkomunikasi anda. Jadi, pastikan anda buat yang terbaik.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AKAUNTAN W19

Pemohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Link untuk memohon jawatan Pembantu Akauntan W19 disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AKAUN W19

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan anda ambilan secara rasmi belum dibuka buat tahun ini. Pastikan anda membaca setiap artikel kami. Selamat berjaya juga buat anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...