Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Antidadah S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,227

Khas buat anda pencari kerja yang berminat dalam sektor kerajaan, ada satu berita baik untuk anda. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah membuka peluang buat anda memohon jawatan Pembantu Antidadah Gred S19. Jika anda berminat dengan jawatan ini bolehlah memohon.

Namun, tahukah anda bahawa permohonan jawatan bagi AADK kini perlu dibuat di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Hal ini bermakna anda yang berminat boleh mengisi permohonan secara online di laman web rasmi SPA. Bukan jawatan AADK sahaja perlu dipohon melalui SPA tetapi terdapat banyak lagi jawatan lain yang harus dimohon melalui SPA.

Permohonan bagi jawatan Pembantu Antidadah dibuka sepanjang tahun. Hal ini bermaksud permohonan ini tiada tarikh tutupnya. Mohonlah bila-bila masa sahaja yang anda suka tetapi ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun bermaksud tiada tarikh tetap ambilan.

Sebagai contoh, pada tahun ini, ambilan belum dibuka secara rasmi. Ambilan akan dibuka nanti jika ada kekosongan bagi jawatan ini.

Anda yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan segera supaya apabila ada ambilan nanti, anda akan berpeluang untuk dipilih bagi menjawat jawatan ini. Namun, permasalahannya adalah anda tidak tahu cara untuk memohon? atau apakah syarat-syarat untuk memohon?

Jangan risau! Baca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Antidadah S19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas bagi jawatan Pembantu Antidadah S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH S19

Anda perlu teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan permohonan ini terlebih dahulu. Kemudian, pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan ini sebelum anda mengisi permohonan jawatan Pembantu Antidadah S19. Berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU ANTIDADAH S19

Anda perlu mengetahui serba-sedikit tentang jawatan Pembantu Antidadah sebelum anda membuat permohonan. Perkara penting yang perlu anda tahu adalah bidang tugas Pembantu Antidadah S19. Antara bidang tugas Pembantu Antidadah S19 adalah seperti berikut:

  • Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda akan menduduki peperiksaan yang dinamakan peperiksaan perkhidmatan awam sekiranya permohonan anda berjaya (bagi jawatan yang terdapat peperiksaan sahaja). Peperiksaan ini perlu anda jawab secara online dan merangkumi aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pembantu Antidadah S19, ujian psikometrik dan juga daya penyelesaian masalah.

Seterusnya, anda akan dipanggil temuduga pula sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam. Temuduga ini adalah untuk menguji kebolehan berkomunikasi anda selain menguji persediaan anda bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan. Persediaan rapi amatlah diperlukan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH S19

Untuk memohon, anda perlu layari laman web rasmi SPA. Kemudian, klik bahagian permohonan (SPA8i) dan anda bolehlah isi permohonan anda. Klik link yang kami sediakan untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH S19

Maklumat lanjut berkenaan permohonan jawatan ini boleh anda dapati dengan cara melayari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi AADK. Link telah kami sediakan di bawah.

Untuk anda yang membuat permohonan, pihak kami mendoakan kejayaan permohonan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...