Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Awam N11 Dengan Sijil PMR/PT3

0

Berita baik buat semua pencari kerja di dalam negara. Satu peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan iaitu jawatan sebagai Pembantu Awam Gred N11 telah ditawarkan buat lepasan PMR/PT3 dan setaraf. Bagi anda yang berminat, bolehlah mengemukakan permohonan.

Permohonan boleh dilakukan secara online menerusi laman web rasmi SPA yang dibuka sepanjang tahun. Ambilan bagi jawatan ini turut dibuka sepanjang tahun mengikut kekosongan jawatan ini.

Pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui cara-cara memohon jawatan Pembantu Awam N11, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Awam N11 dan juga bidang tugas bagi jawatan Pembantu Awam N11.

Untuk pengetahuan anda, anda hanya memerlukan sijil PMR atau PT3 bagi memenuhi syarat kelayakan akademik mengemukakan permohonan jawatan ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AWAM N11

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk melayakkan anda membuat permohonan bagi jawatan Pembantu Awam Gred N11. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
  • Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU AWAM N11

Anda yang ingin memohon jawatan ini seharusnya tahu serba sedikit tentang bidang tugas jawatan Pembantu Awam Gred N11. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi anda yang permohonannya telah berjaya, anda perlu menempuhi tapisan kedua iaitu menduduki peperiksaan secara online (jika jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini merangkumi semua aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon dan lain-lain lagi. Untuk memastikan anda melepasi tapisan kedua, pastikan anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Sekiranya anda lulus dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga merupakan proses tapisan terakhir sebelum ditentukan sama ada anda berjaya untuk menjawat jawatan ini atau tidak. Anda dinasihatkan supaya menonjol dalam temuduga ini untuk memastikan anda dipilih bagi menjawat jawatan Pembantu Awam Gred N11.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AWAM N11

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan ini bolehlah berbuat demikian secara online. Pengisian permohonan secara online boleh dibuat di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Klik link berikut untuk memohon:

permohonan

Untuk panduan lebih lanjut tentang cara-cara mengisi permohonan dalam SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AWAM N11

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan bagi jawatan ini, anda bolehlah layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Klik link yang disediakan di bawah.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

portal rasmi spa

Untuk tahun ini, tiada lagi hebahan rasmi bagi ambilan pekerja untuk jawatan Pembantu Awam N11. Namun, ambilan akan dibuka pada bila-bila masa sepanjang tahun jika terdapat kekosongan jawatan di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat Pembantu Awam N11. Untuk anda yang ingin memohon, kami ucapkan selamat berjaya!

Comments
Loading...