Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Belia Dan Sukan Gred S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,424

Tahukah anda bahawa dengan melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), anda boleh temui pelbagai kerjaya dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon menggunakan sijil SPM/SVM/SPMV atau Sijil setaraf sebagai syarat akademik.

Permohonan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan ini haruslah dibuat secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Permohonan juga boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa tarikh tutup kerana permohonan dibuka sepanjang tahun.

Ambilan pekerja juga akan dijalankan sepanjang tahun. Hal ini bermaksud proses ambilan pekerja akan dijalankan pada bila-bila masa bergantung kepada kekosongan jawatan yang anda pohon dalam kementerian dan jabatan kerajaan.

Salah satu jawatan dalam SPA yang ditawarkan adalah jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19. Jawatan ini terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Pembantu Belia Dan Sukan berperanan dalam melaksanakan program-program berkaitan dengan belia. Jadi, bagi anda yang berminat dengan jawatan ini bolehlah memohon.

Dalam artikel ini, anda akan diberi panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Belia dan Sukan S19, syarat-syarat kelayakan memohon yang telah ditetapkan dan juga bidang tugas Pembantu Belia dan Sukan S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu sebelum anda memohon jawatan Pembantu Belia Dan Sukan Gred S19. Berikut merupakan syarat-syaratnya. Pastikan anda memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Anda perlu mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pembantu Belia Dan Sukan S19 jika anda ingin memohon jawatan ini dan perkara penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Pembantu Belia Dan Sukan S19. Antara bidang tugas Pembantu Belia Dan Sukan S19 adalah seperti berikut:

  • Membantu melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Negeri/Jabatan/Daerah.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Permohonan yang berjaya akan menempuhi tapisan seterusnya iaitu peperiksaan. Anda akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah dalam peperiksaan ini.
Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk dipanggil temuduga.

Jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga akan dijalankan oleh pegawai SPA dan akan menguji kebolehan anda berkomunikasi serta sejauh mana kesediaan anda dalam menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Cara memohon jawatan ini mudah sahaja. Anda hanya perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan anda boleh isi permohonan di situ. Klik link yang telah disediakan untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA. Sila klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Untuk maklumat anda, ambilan secara rasmi bagi jawatan ini belum dibuka bagi tahun ini. Jika dibuka nanti, kami akan membuat hebahan di sini. Pastikan anda membaca setiap artikel daripada kami. Selamat berjaya diucapkan buat anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...