Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0

Untuk pengetahuan anda yang sedang mencari kerja, terdapat satu peluang pekerjaan yang terbuka untuk anda. Anda hanya perlukan sijil SPM/SVM/SPMV atau Sijil setaraf bagi memohon jawatan ini.

Jawatan yang dimaksudkan ialah Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19. Pembantu Ehwal Ekonomi E19 berperanan penting dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan ekonomi. Jika anda berminat bolehlah anda kemukakan permohonan. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA.

Di laman web rasmi SPA, anda boleh temui pelbagai lagi senarai kerja lain yang boleh anda mohon selain daripada jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun bermaksud tiada tarikh tutup bagi permohonan ini.

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa begitu juga dengan ambilan pekerja bagi jawatan ini turut dijalankan pada bila-bila masa. Untuk tahun ini, ambilan masih belum dibuka dan akan dibuka setelah terdapat kekosongan bagi jawatan ini.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui cara-cara untuk mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi E19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Ehwal Ekonomi E19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19

Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi E19. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

Anda wajib tahu sedikit sebanyak tentang jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi E19. Perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Pembantu Ehwal Ekonomi E19. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

  • Membantu menguruskan hal pengurusan ekonomi dan pemasaran yang berkenaan berdasarkan kepada unit-unit yang telah ditempatkan serta tugas-tugas dari pegawai atasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Peperiksaan perkhidmatan awan akan dijalankan secara online. Peperiksaan ini hanya akan diambil oleh calon yang permohonannya berjaya sahaja. Struktur bagi peperiksaan ini adalah merangkumi pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan, ujian psikometrik dan juga ujian penyelesaian masalah.

Sebaik anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini adalah tapisan terakhir dan untuk berjaya dalam temuduga ini, anda haruslah memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan ini dan menonjol dalam mempamerkan kebolehan berkomunikasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Bagi anda yang mengemukakan permohonan, kami sentiasa mendoakan kejayaan permohonan anda.

Comments
Loading...