Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,236

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menawarkan peluang pekerjaan dalam jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19. Anda yang memiliki sijil SPM/SVM/SPMV atau sijil setaraf dan mendapat Gred Kepujian dalam subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran serta Pendidikan Syariah Islamiah, anda boleh memohon jawatan ini.

Namun, untuk memohon jawatan ini, anda perlu memohon melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan perlu dibuat secara online. Permohonan boleh dibuat di laman permohonan SPA iaitu SPA8i.

Anda boleh mengemukakan permohonan ini pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup ditetapkan. Begitu juga dengan ambilan bagi jawatan ini.

Ambilan akan dilakukan bila-bila masa jika ada kekosongan bagi jawatan ini. Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka dan akan dibuka kelak. Jika ada ambilan, pihak kami akan membuat hebahan di laman ini.

Baca artikel ini untuk mengetahui tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19, cara-cara memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Hal Ehwal Islam S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

Bagi anda yang ingin memohon, anda perlulah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19 yang telah ditetapkan. Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
    Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
    Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

Pembantu Hal Ehwal Islam S19 memainkan peranan penting dalam pembangunan agama Islam dalam negara ini. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.

  • Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH),
  • Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari,
  • Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.
  • Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi.
  • Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.
  • Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam.
  • Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.
  • Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi jawatan yang terdapat peperiksaan, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam jika permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini boleh anda ambil secara online. Peperiksaan ini juga bakal menguji anda dalam pelbagai aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil untuk temuduga. Anda perlu menonjolkan kemahiran berkomunikasi serta bersedia dengan pengetahuan tentang jawatan yang anda pohon untuk lulus dalam temuduga ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link di bawah untuk anda memohon.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

Inginkan maklumat lanjut tentang jawatan ini? Sila layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi JAKIM. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Bagi anda yang memohon, pihak kami ucapkan selamat berjaya dalam memohon jawatan ini!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...