Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0

Untuk semua lepasan SPM yang sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan, terdapat peluang pekerjaan menanti anda. Anda hanya perlu layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana dalam laman ini terdapat pelbagai senarai jawatan dalam sektor kerajaan.

Salah satu jawatan yang terdapat dalam senarai jawatan kosong di bawah SPA adalah jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19. Jawatan ini diletakkan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan mempunyai peranan dalam memastikan perlindungan terhadap hidupan liar.

Anda hanya memerlukan sijil SPM/SVM/SPMV atau Sijil setaraf untuk memohon jawatan ini. Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup untuk mengemukakan permohonan. Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan jika ada kekosongan dalam jawatan ini di Jabatan PERHILITAN.

Anda berminat untuk memohon? Pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Hidupan Liar G19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Hidupan Liar G19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU HIDUPAN LIAR G19

Sebelum anda mengemukakan permohonan, anda perlu teliti semua syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu. Pastikan kesemua syarat-syarat kelayakan ini telah anda penuhi kemudian barulah boleh anda mohon. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU HIDUPAN LIAR G19

Anda harus mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pembantu Hidupan Liar G19 sebelum anda mengemukakan permohonan. Antara bidang tugas Pembantu Hidupan Liar G19 adalah seperti berikut.

  • Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.
  • Bertanggungjawab mengetuai kakitangan menjalankan rondaan, ambush dan penggeledahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72, menyediakan kertas pertuduhan, mengetuai tugas pengawalan ke atas gangguan hidupan liar, mengawal selia stor dan membantu ketua jabatan menjalankan tugas-tugas pentadbiran

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online. Dalam peperiksaan ini beberapa aspek akan diuji seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Seterusnya, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga akan dijalankan oleh pegawai SPA. Anda perlulah membuat persediaan bagi menghadapi temuduga ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HIDUPAN LIAR G19

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang disediakan di bawah untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HIDUPAN LIAR G19

Sila layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Hidupan Liar G19. Sila klik link yang disediakan di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi jawatan Pembantu Hidupan Liar G19 untuk tahun ini masih belum dibuka. Ambilan akan dibuka pada bila-bila masa tertakluk kepada kekosongn jawatan ini. Untuk anda yang memohon, kami ucapkan selamat berjaya.

Comments
Loading...