Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Kesatria S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai pilihan jawatan dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan bagi kesemua jawatan ini boleh dibuat secara online.

Salah satu jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan adalah jawatan Pembantu Kesatria Gred S19. Anda perlu ada sijil SPM sebagai syarat akademik untuk memohon jawatan ini. Pembantu Kesatria S19 bertanggungjawab dalam melatih kawad di kalangan para pelatih di institusi.

Untuk makluman anda, tiada tarikh tutup bagi memohon jawatan ini. Anda boleh mengemukakan permohonan bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Ambilan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun dan hanya akan ada ambilan sekiranya terdapat kekosongan bagi jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Baca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Kesatria S19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Kesatria S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU KESATRIA S19

Untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i), 1(c)(iii) dan 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEMBANTU KESATRIA S19

Anda perlu tahu tugas-tugas seorang Pembantu Kesatria S19 jika anda ingin mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Berikut merupakan senarai bidang tugas Pembantu Kesatria Gred S19

  • Bertanggungjawab membantu dalam mengatur sukatan pelajaran kawad, menjalankan latihan kawad seperti peraturan ditetapkan, mengawal serta menguatkuasakan displin di kalangan para pelatih di institusi latihan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda perlu menduduki peperiksaan peperiksaan perkhidmatan awam jika permohonan anda berjaya (bergantung kepada jawatan yang anda mohon itu kerana hanya sesetengah jawatan yang ditawarkan SPA terdapat peperiksaan).  Peperiksaan ini merupakan tapisan kedua dan perlu anda ambil secara online.

Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji tentang aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan juga daya penyelesaian masalah. Persediaan rapi amat diperlukan untuk anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini,

Jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan melalui tapisan seterusnya iaitu temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESATRIA S19

Untuk memohon, sila isi permohonan anda di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link yang disediakan untuk anda isi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESATRIA S19

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan Pembantu Kesatria S19, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang telah disediakan di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi. Ambilan akan dibuka nanti apabila terdapat kekosongan dalam jawatan ini. Bagi anda yang memohon pula, kami ucapkan selamat berjaya!

Comments
Loading...