Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 Bagi Lepasan PMR/PT3

0

 

Untuk makluman anda yang sedang mencari kerja, terdapat peluang pekerjaan yang terbuka untuk anda dalam jawatan pembantu operasi Gred N11 ini. Untuk jawatan ini, anda hanya perlu ada sijil PMR untuk memohon.

Permohonan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun bermakna anda boleh membuat permohonan bila-bila masa sahaja. Pengambilan juga akan dijalankan sepanjang tahun bergantung kepada kekosongan jawatan di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat pembantu operasi Gred N11.

Namun, ambilan bagi tahun ini belum lagi dibuka. Permohonan bagi jawatan ini boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i).

Dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Pembantu Operasi N11, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Operasi N11 dengan membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBANTU OPERASI N11

Sebelum anda mengemukakan permohonan, sila teliti syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu. Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum anda membuat permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU OPERASI N11

Untuk memohon jawatan Pembantu Operasi N11, sebaiknya anda mengetahui terlebih dahulu tentang bidang tugas bagi jawatan ini. Antara bidang tugas pembantu operasi Gred N11 adalah seperti berikut:

  • Membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan fail, penghantaran, pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupuayaan fizikal dalam pejabat dan jeti (LKIM)

PEPERIKSAAN DAN TEMU DUGA

Jika permohonan anda berjaya, anda akan layak untuk menduduki peperiksaan secara online (Jika jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini merupakan tapisan kedua sebelum anda dipanggil untuk temu duga. Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini bagi memastikan anda layak untuk menjalani tapisan kedua iaitu temu duga.

Jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil untuk temu duga pula. Anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian dan bacaan tentang isu-isu semasa serta anda juga perlu mempunyai pengetahuan dalam jawatan yang anda mohon.

Pastikan juga anda berkeyakinan ketika menghadiri temu duga ini. Lontarkan idea serta pandangan anda dengan yakin ketika temu duga untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang dalam temu duga tersebut.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU OPERASI N11

Untuk anda yang berminat dengan jawatan ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan di laman web rasmi SPA di bahagian permohonan. Anda boleh klik link di bawah untuk mengisi permohonan secara online.

permohonan

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU OPERASI N11

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan pembantu operasi N11 ini, anda bolehlah layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut disediakan link ke laman web rasmi SPA.

Portal Rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

permohonan

Untuk anda yang berminat, bolehlah memohon. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

Comments
Loading...