Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,094

Satu jawatan kosong dalam sektor kerajaan telah dibuka untuk permohonan di laman web rasmi SPA iaitu jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19. Pembantu Tadbir Kewangan W19 bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa.

Jawatan ini merupakan salah satu jawatan yang sangat digemari warganegara Malaysia. Buktinya, pada tahun 2015, pihak SPA telah menerima sebanyak 553,791 permohonan bagi jawatan ini. Namun, jumlah calon yang permohonannya berjaya serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan online adalah sebanyak 54,063.

Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat menggemari jawatan dalam sektor kerajaan terutama sekali jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19. Selain itu, berdasarkan jumlah calon yang dipanggil menduduki peperiksaan, dapatlah disimpulkan bahawa SPA sangat teliti dalam memilih calon yang berkualiti untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

Untuk pengetahuan, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Begitu juga dengan ambilan bagi jawatan ini. Jika ada kekosongan bagi jawatan ini dalam mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan, barulah ambilan bagi jawatan ini dijalankan.

Dalam artikel ini, anda akan diberi panduan secara menyeluruh permohonan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19.

  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan yang ditawarkan oleh SPA terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan akan menguji calon dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Selepas itu, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk melihat sejauh mana calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Anda dinasihatkan untuk memohon dengan segera jika berminat dengan jawatan ini. Pihak kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...