Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,563

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan satu suruhanjaya yang berperanan menguruskan permohonan jawatan kosong dalam sektor kerajaan oleh warganegara Malaysia. SPA menawarkan pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Jawatan-jawatan ini boleh dipilih mengikut minat serta kelayakan anda.

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 merupakan salah satu jawatan yang tersenarai dalam jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPA. Jawatan ini diletakkan di bawah kendalian pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan.

Tugas utama Penjaga Jentera Elektrik J19 adalah melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pemasangan elektrik dengan cara memastikan prosedur sentiasa dipatuhi. Sijil SPM atau sijil lain yang setaraf diperlukan sebagai syarat kelayakan akademik bagi memohon jawatan ini.

Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun secara online melalui laman web rasmi SPA. Permohonan sah sehingga setahun dan anda perlu memohon semula jika permohonan tersebut telah melebihi setahun.

Pada tahun ini, ambilan bagi jawatan ini belum dibuka kerana ambilan dijalankan sepanjang tahun. Ambilan dibuka hanya ketika terdapat kekosongan jawatan ini di kementerian atau jabatan kerajaan.

Ingin tahu lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini? Sila baca artikel ini untuk mendapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Penjaga Jentera Elektrik J19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Penjaga Jentera Elektrik J19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Jika anda berminat untuk memohon jawatan ini, pastikan anda mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Pastikan juga kesemua syarat-syarat ini dipenuhi. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
  • had umur pelantikan:
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Sebelum memohon, pastikan anda berpengetahuan tentang tugas-tugas Penjaga Jentera Elektrik J19. Berikut merupakan bidang tugas Penjaga Jentera Elektrik J19.

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Untuk calon yang permohonannya yang berjaya, calon tersebut perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan akan menguji calon dalam tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon untuk melihat sejauh mana calon bersedia bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

permohonan

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Penjaga Jentera Elektrik J19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

laman web rasmi spa

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka dan akan dibuka sekiranya ada kekosongan dalam jawatan ini. Jika berminat, mohonlah segera. Jangan tunggu lagi! Semoga berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...