Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga Terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Johor. Gaji Lumayan & Pelbagai Insentif Menanti Anda, Mohon Segera!

1,578

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor mempelawa rakyatnya untuk memohon jawatan sebagai Pembanci di bawah Personel MySTEP dengan gaji yang lumayan beserta pelbagai manfaat untuk anda.

Anda juga boleh memohon pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan di Karnival Prihatin Kerjaya PERKESO Negeri Johor 2021 dengan 2,000 jawatan kosong di 4 lokasi yang berdekatan dengan anda.

Rujuk: 2,000 Jawatan Kosong Menanti Pencari Kerja Johor Di Karnival Prihatin Kerjaya Negeri Johor 2021

TARIKH TEMUDUGA TERBUKA PERSONEL MYSTEP PEMBANCI

Tarikh temuduga terbuka bagi jawatan Personel MySTEP Pembanci ialah:

  • Tarikh: 12 April 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 3 petang
  • Tempat: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

KEKOSONGAN JAWATAN

Kekosongan jawatan Personel MySTEP Pembanci di Negeri Johor adalah di kawasan seperti berikut:

  • Johor Bahru
  • Pasir Gudang

KELAYAKAN AKADEMIK UNTUK SYARAT LANTIKAN

Antara kelayakan akademik untuk syarat lantikan adalah seperti berikut:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Kelayakan yang setaraf dengannya
  • Semua pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KADAR GAJI PEMBANCI

Kadar gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • RM1,600 termasuk potongan PERKESO dan KWSP

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

CARA MOHON JAWATAN PERSONEL MYSTEP PEMBANCI

Untuk membuat permohonan Personel MySTEP sebagai Pembanci Negeri Johor sangat mudah kerana anda hanya perlu:

  • Terus hadir ke Temuduga Terbuka yang bertempat di Jabatan Perangkaan Negeri Johor

DOKUMEN SOKONGAN

Bawa bersama dokumen sokongan seperti berikut yang perlu anda bawa ketika temuduga terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Johor seperti berikut:

  • Resume terkini
  • Gambar berukuran pasport
  • Sijil akademik SPM/Setaraf

Temuduga Terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Johor. Gaji Lumayan & Pelbagai Insentif Menanti Anda, Mohon Segera!

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...