Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

200 Peniaga Kecil Wanita Perak Terima Peruntukan Sejumlah RM700,00

1,168

Para peniaga wanita di Perak bakal menerima peruntukan berjumlah RM700,000 bagi membantu golongan ini menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan yang mereka ceburi.

Namun, peruntukan ini hanya disasarkan kepada 200 orang peniaga wanita sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata peruntukan berkenaan meliputi bantuan peralatan atau kemudahan perniagaan seperti peti pembeku, peti penyejuk, mesin jahit dan sebagainya.

KEMUDAHAN BERDASARKAN PERMOHONAN

Kemudahan yang diberikan juga berpandukan kepada permohonan mereka bersesuaian dengan dengan jenis perniagaan kecil yang para usahawan wanita ini jalankan.

TUJUAN PERUNTUKAN KEPADA PENIAGA WANITA PERAK

Tujuan utama peruntukan ini ialah:

  • Membantu peniaga kecil untuk terus berjaya dan juga menggalakkan kaum wanita yang kehilangan pekerjaan akibat penularan Covid-19 untuk menceburi bidang perniagaan dari rumah.

200 Peniaga Kecil Wanita Perak Terima Peruntukan Sejumlah RM700,00

PEMANTAUAN TERHADAP PENIAGA WANITA

Malahan peniaga yang menerima bantuan berkenaan juga akan dipantau oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perak dan Majlis Masyarakat Penyayang bagi memastikan perniagaan yang dilakukan berjalan lancar.

“Pemantauan ini terarah kepada bimbingan yang mana mereka ini sebagai peserta untuk pelbagai kursus seperti pembuatan, pengurusan kewangan, pengurusan stress dan sebagainya. Ini semua bertujuan untuk mereka uruskan perniagaan dengan berkesan.”

Bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang bergantung kepada peruntukan yang diperoleh daripda pihak berwajib.

Pihak kerajaan Perak ingin membantu seramai yang boleh bergantung kepada peruntukan yang ada dan juga permintaan kaum wanita di luar sana.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...