Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ~ Jumlah Pinjaman Sehingga RM8000 Setahun

0

Berita baik buat warga Pulau Pinang! Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan pinjaman pendidikan bagi anak-anak negerinya yang melanjutkan pengajian ke universiti atau Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diwujudkan sejak tahun 1970 bertujuan untuk memberikan pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir di Pulau Pinang atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Jika anda berhasrat untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana atau PhD dan anda ingin memohon pinjaman kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, anda bolehlah membuat permohonan.

Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

TARIKH BUKA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • Tarikh Permohonan: 1 Jun 2018 – 30 Ogos 2018

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Sebelum anda membuat permohonan bagi mendapatkan pinjaman ini, sebaiknya anda meneliti terlebih dahulu syarat-syarat permohonan dan pastikan anda memenuhi semua syarat tersebut. Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau bersekolah sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan untuk meneruskan pengajian di universiti atau IPT dalam negara sahaja.
  • Jika anda mendapat tawaran ke IPTS, sila pastikan IPTS tersebut lulus MQA.
  • Pinjaman untuk kursus Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PhD.
  • Jika anda sedang mengikuti kursus pra-universiti/Matrikulasi, anda tidak layak memohon.
  • Pinjaman kali kedua hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan pinjaman kali pertama sahaja.
  • Penerima pinjaman penaja lain tidak layak memohon (PTPTN, MARA, MyBrain, JPA dan sebagainya)

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN KETIKA MEMOHON

Ketika anda membuat permohonan, sila lampirkan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti atau IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimoni) sekolah menengah.
  • Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau lain-lain yang setaraf.
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau lain-lain sijil yang setaraf. (Jika ada)
  • Salinan Sijil Politeknik/ Diploma/ Ijazah dan sebagainya (Jika ada)
  • Salinan keputusan Matrikulasi dan Asasi Sains (Jika ada)
  • Salinan keputusan peperiksaan bagi setiap tahun atau semester (Jika ada)
  • Pelajar dari IPTS hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan oleh MQA. Salinan boleh diperoleh dari IPTS tersebut.

JUMLAH PINJAMAN YANG DITAWARKAN MENGIKUT TARAF KURSUS

Jumlah pinjaman adalah berbeza mengikut taraf kursus anda di universiti atau IPT. Berikut merupakan jumlah pinjaman berdasarkan taraf kursus.

  • Ijazah Sains: RM6000 setahun
  • Ijazah Sastera: RM5000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sains: RM5000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sastera: RM4000 setahun
  • Diploma: RM4000 setahun
  • Sijil: RM2000 setahun

Bagi Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

  • Ijazah Sains: RM5000 setahun (tempoh 5 tahun)
  • Ijazah Sastera: RM4000 setahun (tempoh 4 tahun)
  • Diploma: RM3000 setahun (tempoh 3 tahun)

Bagi Sarjana (Master) dan PhD

  • Sarjana: RM6500 setahun (tempoh 3 tahun)
  • PhD: RM8000 setahun (tempoh 3 tahun)

CARA-CARA MEMOHON PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

Jika anda berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan ini, anda bolehlah mengikut langkah-langkah ini.

1.) Layari laman web rasmi Sistem e-Pinjaman Penuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Klik link berikut: https://e2psm.penang.gov.my/index.phppenang mula2.) Klik pada PEMOHON DAN PEMINJAM
penang tengah3.) Cipta ID dan Kata Laluan untuk log masuk
penang 14.)Setelah berjaya masuk, Lengkapkan borang tersebut dengan tepat dan betul.
5.)Setelah siap isi borang, cetak borang tersebut dan hantar borang yang telah dicetak itu kepada:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT NEGERI PULAU PINANG, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, PARAS 29, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG.
penang komtar

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Untuk maklumat lanjut berkaitan pinjaman pendidikan ini, anda boleh rujuk laman web rasmi di link berikut: https://e2psm.penang.gov.my/index.php

penangite

Kepada anak kelahiran Pulau Pinang dan anda yang pernah bersekolah di Pulau Pinang diharap tidak melepaskan peluang ini. Inisiatif yang diambil kerajaan negeri ini dapat membantu meringankan beban anda.

Baca juga: Cara Kemuka Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan Untuk Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda

Comments
Loading...