Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Penajaan Program Ijazah Dalam Negara PIDN JPA 2021

1,374

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 bermula pada 11 Mac 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada 23 Mac 2021.

Permohonan adalah secara online sahaja dan anda boleh dapatkan syarat serta cara permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 seperti yang akan dikongsikan melalui artikel ini.

Baca juga: Semak Cara Mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 JPA Disini. Mohon Sebelum 9 April 2020

INFO RINGKAS PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu:

SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM.
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

SYARAT KHUSUS

  • Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.

Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

  • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; ATAU
  • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); ATAU
  • memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; ATAU
  • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

Bidang Perubatan dan Pergigian

  • Memperolehi keputusan Lulus bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; DAN
  • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

BIDANG YANG DITAJA DIBAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Semua bidang adalah ditaja dibawah PIDN Tahun 2021 kecuali bidang pengajian berikut:

  • Bidang pendidikan.
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan.
  • Program-program berbentuk francais universiti awam/IPTS.
  • Program-program berkembar/dual ijazah double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan.
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
  • Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Anda boleh membuat permohonan secara online di:

  • https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN
  • Klik DAFTAR, isi maklumat dengan lengkap dan klik DAFTAR AKAUN PENGGUNA.
  • Seterusnya LOG MASUK menggunakan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang didaftarkan.
  • Isi maklumat dengan lengkap dan betul, hantar permohonan anda.
  • Anda akan menerima emel pengesahan permohonan diterima oleh pihak pengurusan.

Cara Mohon Penajaan Program Ijazah Dalam Negara PIDN JPA 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Ijazah Dalam Negara (PIDN), sila hubungi JPA di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...